Seram : Tumpang - Ida Anuar


Tumpang - Ida Anuar

" gi pekan jom" ajak muthu.
" naik apa?bas?" tanya zahid.
" naik basikal lah.." jawab muthu tersenyum. dia ada agendanya sendiri di pekan.
" naik basikal?kita berdua aje ke?"
" tak lah kita ajak lah kawan kawan lain yang nak pergi. aku nak beli baju lah. duit yang aku kumpul dah cukup. baju aku pun dah buruk benar ni." jawab muthu.
zaman 80an bukan zaman yang agak senang. kalau mahu ke pekan bas nya ikut masa,kalau berlambat lambat tertinggal bas,tak sanggup juga mereka balik berjalan kaki.

" boleh lah,nanti aku bagi tahu ali dengan mat. kita berempat sahaja cukup lah"
ujar zahid. seronoknya dapat pergi ke pekan,mengayuh basikal bersama kawan kawan. walaupun pekan agak jauh tetapi apabila bersama kawan kawan tidak lah terasa sangat jauhnya.

mereka bergerak selepas zohor. berpeluh peluh mengayuh basikal namun mereka sangat gembira. apatah lagi ketika itu jalan raya tidak lah sibuk sangat. berderet mereka berempat menunggang basikal masing masing. sebaik sahaja sampai di pekan ,mereka masuk ke kedai menjual pakaian. semuanya murah sahaja,setara lah dengan nilai duit zaman mereka. selesai membeli apa yang mereka mahu mereka berempat pergi ke warung menjual abc. menikmati air batu campur paling sedap di pekan tersebut.kebetulan kedai tersebut berdekatan dengan jirat cina. muthu mula membuka cerita.


" lama tak nampak ah fat kan?"
" ye lah sejak dia berhenti sekolah, sibuk sahaja dia di bengkel basikal ayahnya. kesian juga tengok dia comot berlumur minyak." ujar ali
"dah otaknya beku,tak boleh belajar,tahu repair basikal sahaja. itu lah habuan dia." jawab zahid.
" kalau tak di sebabkan dia terjatuh dekat jirat depan tu..mesti ah fat tak macam tu"

teringat mereka 5 bulan yang lepas sewaktu mereka beramai ramai ke pekan. basikal ah fat rosak di tepi jirat itu ketika senja sudah menjelma,memang mereka terleka sedikit ketika itu. mana tahu tidak semena mena ah fat berlari ke arah jirat dan kaki tersangkut pada batu jirat lalu tersungkur jatuh. sejak itu ah fat jadi macam bodoh bodoh alang. lama juga ah fat meracau racau,melihat perempuan tua di jirat cina,pada hal ketika itu tidak ada sesiapa pun di situ. sudah nasib ah fat agaknya di kacau hantu jirat cina.

" eh yang kita ni leka leka lagi dah kenapa. dekat pukul 6.30 dah." zahid bangun. itulah leka berbual sampai tidak sedar masa sudah beranjak ke mahgrib.
" kita saing saing tau bila sampai dekat bukit rumah kosong tu." ali bersuara perlahan berbisik kepada zahid.
" aku baru nak cakap dengan kau benda yang sama ali. bimbang juga aku nak balik ni."

ketika mereka sampaidi bukit yang di maksudkan ali, zahid menyaingi ali. muthu dan mat sudah jauh ke depan. ali dan zahid dapat melihat mat mengayuh agak perlahan di depan muthu..mendaki bukit memang lah tidak boleh laju laju. tetapi muthu pula tiba tiba sahaja berhenti membiarkan mat terus mengayuh ke depan. pelik juga ali dan zahid.

" kenapa kau berhenti muthu." ali memberhentikan basikalnya berhampiran muthu.
" lain macam sahaja kau ni muthu." tanya zahid pula.
"tu..." panjang muncung muthu menunjuk ke arah mat yang masih mengayuh tanpa menyedari mereka sudah jauh tertinggal di belakang.

zahid dan ali sama sama menoleh ke arah mat. ali menutup mulutnya,rasa mahu menjerit memanggil mat supaya berhenti. zahid pula hanya diam tak terkata.

di belakang mat kelihatan seorang wanita berbaju putih sperti gaun yang selalu di pakai punitha adik muthu. wanita itu mengulung rambutnya nya yang berwarna perang separas bahu..bereben merah.tak ubah seperti wanita inggeris sahaja. elok sahaja wanita itu memaut pinggang mat. tidak sedarkah mat?

wanita misteri itu tiba tiba menoleh kepada mereka bertiga,mata wanita itu bersinar kebiruan tersenyum memandang mereka bertiga,sebelum wanita itu lenyap bagaikan kabus menuju ke rumah tinggal di atas bukit yang mereka daki.
kelam kabut mereka bertiga mengayuh basikal mendekati mat yang sudah pun melepasi bukit tersebut. menurun bukit itu pun mereka mengayuh. seram sungguh rasanya. kenapa mat masih boleh rilek rilek lagi.

" hoi! turun bukit kayuh basikal" jerit mat yang kelelahan memgejar mereka bertiga.

sebaik sahaja sampai di rumah ali,mereka duduk berehat sebentar.

" laju betul korang mengayuh basikal." kata mat
" mat..kau tak rasa ke basikal kau berat masa naik bukit tadi.?" soal zahid.
" rasa juga,berat lain macam. aku ingat tayar pancit,aku toleh juga tapi tak pun. naik bukit biasalah berat tu" mat menjawab tanpa terfikirkan perkara lain. mereka bertiga berpandangan. sepakat tidak akan menceritakan apa apa kepada mat.


biarlah mereka merahsiakan sahaja pasal wanita berambut perang,mata bersinar biru itu daripada mat. bimbang juga kalau mat akan di timpa nasib yang sama sperti ah fat. sejak kejadian itu mereka akan ke pekan di waktu pagi , itu pun dengan menaiki bas sahaja. setiap kali lalu di rumah tinggal tersebut mereka akan teringatkan wanita itu. melalui cakap cakap orang kampung mereka tahu wanita tersebut memang ada sekitar tahun 50an dahulu. wanita itu di khabar kan mati di dalam rumah tersebut di tembak komunis. ada masa masanya wanita itu akan menggangu kenderaan yang lalu lalang sama seperti mat yang di tumpanginya..sengaja mengusik!..

Post a Comment

Previous Post Next Post