Seram - Kacau 1


Kacau  - Ummu Hanan

Aku mengusap perutku sambil membaca Al-Fatihah. Dalam hati ini berbisik..
“Fatihah ini mama hadiahkan untuk kamu” satu tendangan kecil diperutku menyentuh tapak tangan. Sudah 5 bulan kandunganku. Perut tak lah sebesar mana. Bayi baru pandai menendang. Aku teruja mengandungkan anak ini. Ini anak sulung kami.

“Belum tidur lagi?” suamiku menghampiri aku yang masih melunjurkan kaki diatas tilam katil. Aku tersenyum manis sambil mengeleng. Suami menarik kepalaku untuk direbahkan dibahunya. Tangan kiri suami menyokong badan ku yang semakin berat dan tangan kanannya mengusap perutku lembut.

“Tadi kan bang, Ja jumpa kawan lama. Dia pandang Ja dari atas sampai bawah. Mata dia, tajam sangat. Takut ,Ja!” kataku memulai cerita. Memang sebegitu rutin kami, sebelum tidur, bercerita dulu apa yang berlaku di siang harinya.

“Kenapa dia tengok macam tu? Tak kan berkenan ngan Ja. Dia perempuan kan?” respon suamiku.

“Itulah. Muka dia kusam sangat. Dengan pandangan mata dia yang menakutkan tu. Lama juga kitorang dok sembang ngan dia. Paling seram, dia cakap mak dia ada saka. Dia cerita bagaimana saka tu menghantui rumah mereka. Merinding bulu roma Ja” ceritaku.

Suami memelukku erat.
“Dah. Cerita seram, abang tak nak dengar. Tidur lah. Ja penat tu seharian di luar hari ini.” Aku menggangguk.


“Abah hadiahkan Al-Fatihah untuk anak abah. Bismillah....” aku membiarkan suami memegang perut boyotku. Amalan membaca Al-Fatihah ini kami amalkan semenjak bayi berusia berberapa minggu lagi. Sebelum suami menyelimuti badanku, kami saling meminta maaf.

* * * *

Aku terjaga dari tidurku apabila telinga ini mula menangkap bunyi ketukkan di luar pintu bilik. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku lihat pintu bilik sudah terbentang luas. Dalam gelap yang hanya disuluhi lampu meja, aku cuba menangkap sesuatu objek hitam yang seakan tergantung ditepi pintu. Lensa mataku tidak dapat menangkap imej apakah itu kerana penglihatan aku kurang jelas. Aku rabun. Aku mula panik apabila sesuatu yang aku fikir objek itu mula bergerak perlahan menghampiri ku. Aku berpaling kepada suamiku. Dia lena dibuai mimpi. Belum sempat aku cuba untuk menggerakkan suami, seekor makhluk berjubah hitam dengan matanya yang berwarna hitam, bibir kehitaman dan berwajah pucat mayat itu telah berada diatas badanku. Wajah dia mirip kawan lama yang aku jumpa siang tadi. Bagai diragut hati ku. Terkejut, takut, panik dan segala rasa ketakutan bergumpa dalam sekujur tubuh aku yang mula mengeras dan tidak dapat bergerak ini waima kepala aku sekalipun. Makhluk itu merenung aku tajam dan mengeringai. Tangannya ingin memegang perutku. Dengan kudrat yang ada aku membaca segala surah yang terlintas dikepalaku. Namun, aku gagal mengusir makhluk yang aku anggap sebagai iblis itu. Dia ketawa melihat aku semakin lemah. Mengalir airmataku. Kuku tajamnya terasa mencengkam dibahagian ari-ari ku. Aku ingin meraung. Namun, suaraku terkandang dipeti suara.

“Bismillahi masyaAllah!” aku melontar ayat itu dalam hati dengan selemah-lemahnya. Iblis yang ingin merobek perutku terhenti dengan memandang marah padaku.

“Bismillahi masyaAllah! Bismillahi masyaAllah! Bismillahi masyaAllah!” sebutanku semakin lama semakin jelas dan akhirnya ia keluar menembusi kerongkong. Iblis itu enggan mengalah walaupun dia tidak berada lagi diatas badanku. Kini dia menempel disyiling betul-betul atas tempat tidur kami. Kudrat apa yang aku ada walaupun badan masih mengeras sehingga aku nyaring-nyaring mengalunkan kalimah Allah.
“La hawlawa quwwata illabillahil aliyula'adzhim. ALLAHU AKHBAR!” berdesup bagai angin kencang iblis itu menghilang dengan degupan pintu bilik yang ditutup semula. Aku menagis teresak-esak. Mungkin mendengar tangisanku, suami terbangun lalu menggoncangkan badanku. Entah dalam sedar atau mimpi..aku melihat bilik berada dalam keadaan yang normal. Tidak menyeramkan seperti yang aku lihat sebentar tadi. Segera aku mendakap suamiku dengan tangisan lalu menceritakan apa yang telah aku lalui.


“Iblis, syaitan..memang suka ganggu orang tengah mengandung. Lagi-lagi umat Muhammad. Mereka suka menyesatkan umat Muhammad. Jam dah pukul 4 pagi juga ni. Kita tahajjud sama, dan mohon perlindungan daripada Allah. Ja jangan takut. Ja takut, dia suka. Ja berani, dia tak akan ganggu Ja. Abang tahu, isteri abang ini kuat dan taat.” kata suamiku sambil mengusap belakangku dengan lemah lembut. Aku menangis lagi. Perasaan takut itu sukar dihindari. Ini bagaikan pertarungan maut dengan makhluk ghaib.

“Mohonlah perlindungan daripada Allah.Dia yang menjadikan sekalian makhluk. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi Allah, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah..”

Via Kalimah Paranormal Team X

Post a Comment

Previous Post Next Post