10+ Info tentang P Ramlee yang belum anda tahu







1. P.Ramlee masa hayat beliau mmg tersgt famous sekitar asean ni.. esp malaya, singapore, indonesia & brunei.

2. Filem pertama yang menampilkan Sarimah.. lepas tu Sarimah terus jadi hot stuff;

3. Mula2 kena ban sebab pelakon dalam tu cakap Melayu slang Arab.. ala2 P.Ramlee dalam cite Ahmad Albab la.. tapi masa nak proses, tauke yg nak proses tu org Arab daa.. dia sudah marah.. so, kena buat dubbing semula.. itu pasal kalau tengok cite tu gerak mulut dgn dialog x berapa serupa..

4. Bila buat dubbing semula, bukan semua pelakon available so, ada dialog2 tu terpaksa gunakan suara Aziz Sattar & S.Shamsuddin.. suara Aziz Sattar- perempuan yg jumpa tuan tabib pasal laki dia x balik rumah (awal cerita) & penyamun yg kata 'lain kali jangan banyak ambil IOU daa..'.. Suara Apek tukang kasut tu pulak kalau korang dengar betul2.. sebenarnya suara Sudin..

5. Scene Kassim Baba jumpa pelampung S.S Juwita dalam gua tu agak menarik bagi siapa yang pernah tengok filem 'Sedarah' (1951).. sebab pelampung tu salah satu prop yg ada dalam filem tu yang mana P.Ramlee dan S.Shamsudin bekerja di atas sebuah kapal yg bernama S.S. Juwita..

6. Filem Ali Baba Bujang Lapok ni pun banyak gak social critic.. pasal perjudian (main dadu), Union (persatuan penyamun) yang masa tu selalu sangat mogok sampai susah nak siapkan filem, waktu kerja yang ikut waktu pejabat (Satu hari 8 jam kerja, hari Sabtu setengah hari, hari minggu holiday), pun belasah sesetengah pelakon yang xnak keje lebih masa..

7. Ada jugak adegan yang dulu kira lawak, tapi sekarang jadi realiti.. contohnya jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen, jual belacan x ada lesen.. zaman sekarang- CD/ DVD cetak rompak bersepah orang dok jual.. tapi nak jual gula & tepung kena bercatu..

8. Info Ali Baba Bujang Lapok

Pasal cite Ali Baba Bujang Lapok tu.. maybe dari satu aspek orang Arab marah sebab filem tu macam memperbodohkan orang Arab.. tapi pasal slang tu (apa yg Pak Aziz kasitau aku) adalah sebab kenapa filem tu kena redubbing.. maybe orang Arab rasa orang kita main2kan slang diorang kot..

By the way, pasal mantra pintu gua tu.. walaupun aku bukan org Jawa, aku ada jugak la blaja sket2 dgn member2 Jawa aku.. memang P.Ramlee pakai bahawa Jawa yg maksud dia memang mengarut.. hahaha..

Buka pintu gua:
Niat enson matakaji semar ngiseng- Niat seorang insan yang sangat bertekad hingga semar terberak

Tutup pintu gua:
Rampo ngiseng semar tilem- Lepas berak semar tidur

Kassim Baba merapu:
Niat ngiseng semar ngiseng eson ngiseng- Niat nak berak, semar berak, boleh ke berak

Eson ngiseng semar ngiseng kabeh wong poto ngiseng- boleh ke berak, semar berak, semua orang berak

Aku ada tanya member jawa aku berkenaan maksud 'semar' tapi dia tak nak jawab.. taboo sangat ke? Ada member2 jawa yg bole kasitau?

update 17/02/2022
semar=orang

Then apa maksud "marang prapu kepunden parang skeper".. famous gile dalam filem P.Ramlee kan?

9. Sebelum pilih pelakon utk filem2 arahan dia, dia akan imagine dulu watak2 yg sesuai.. sebab tu macam mana rapat pun seseorang pelakon tu dgn P.Ramlee, kalau P.Ramlee rasa x sesuai, memang dia xkan amik orang tu berlakon.. tapi macam mana benci pun seseorang pelakon tu dgn P.Ramlee, kalau P.Ramlee rasa watak tu sesuai dengan dia, P.Ramlee akan insist utk pelakon tu berlakon dalam watak tu..

Contoh paling popular.. Allahyarham S. Kadarisman, according to Pak Aziz Sattar, S. Kadarisman memang jealous dgn P.Ramlee, sebab P.Ramlee naik cepat sangat.. sampai S. Kadarisman kata satu hari nanti dia nak jatuhkan P.Ramlee. Pak Aziz complain kat P.Ramlee tapi P.Ramlee buat x tau aje.. then masa filem 'Antara Dua Darjat' , P.Ramlee rasa S. Kadarisman sesuai untuk watak Engku Mukriz.. P.Ramlee insist utk amik S. Kadarisman berlakon sampai jumpa dengan Manager.. bila S. Kadarisman dapat tau, dia menangis.. kira menyesal la kan..

Since then, hubungan diorang OK.. even S. Kadarisman bagi idea asal dan jalan cerita untuk filem 'Madu Tiga'. Then diorang sama-sama berlakon dalam cite 'Tiga Abdul'.


10 lagu paling popular
# Azizah
# Bunyi Gitar
# Dendang Perantau
# Di Mana Kan Ku Chari Ganti
# Engkau Laksana Bulan
# Getaran Jiwa
# Inang Baru
# Jangan Adek Angan Angan
# Merak Kayangan
# Pantai Gurauan


10 songs: Best variety


# Ali Baba Rock - ni dari filem mana ??
# Aneka Ragam
# Bila Larut Malam
# Hoi Hoi Ya Hoi
# Hore-hore
# Kwek Mambo
# Nasi Goreng
# Satay
# Tolong Kami
# Ya Habibi Ali Baba


Jins Shamsuddin bila dia kata "P.Ramlee manusia biasa yang luar biasa"

2 Comments

  1. semar = orang

    btw p ramlee guna bahasa jawa klasik. orang jawa sekarang pakai jawa moden kasar(ngoko)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post