Seram : Wad - Ida Anuar



Wad - Ida Anuar

"bang,perut saya rasa sakit lain macam sahaja." adu salina kepada johan.
" dah nak bersalin kot ina"..
"mungkin juga ni,sebab sekejap hilang lepas tu datang balik..semakin kerap pulak."
" jom abang hantar pergi hospital"
johan memimpin salina ke kereta,mujur lah segala persiapan bagi menyambut kelahiran bayinya sudah siap di dalam kereta.
perlahan lahan johan memandu keretanya,hospital bukan lah jauh sangat. hanya 5 kilometer sahaja dari rumahnya. tetapi disebabkan wajah salina yang berkerut menahan rasa sakit ,johan merasakan hospital itu terlalu jauh,apatah lagi dia tidak boleh memandu laju.berhati hati johan memandu,sesekali dia melihat salina di sebelahnya.

sewaktu melewati sebuah tanah perkuburan,johan tiba tiba sahaja rasa berdebar. di dalam hati dia berdoa semoga tiada apa apa yang berlaku. salina dipandangnya sekilas. ya allah selamatkan lah isteri dan anak ku.
namun rasa berdebar di dada johan memang berasas,tiba tiba dia mendengar sesuatu jatuh di atas bumbung keretanya. berdebuk bunyinya bagaikan benda berat jatuh dari langit. salina terkejut, johan apatah lagi.

" apa yang jatuh tu bang?"
"entah lah,nanti sampai hospital baru abang tengok. tak nak abang berhenti malam malam dekat sini. burung aje tu agaknya" johan menyedapkan hati dia dan salina.
" sabar ye ina,kejap lagi kita sampai."

sebaik sahaja mereka sampai di wad bersalin, johan menunggu salina menjalani pemeriksaan. ada beberapa orang menunggu di ruang menunggu. pasti isteri mereka juga sedang bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
johan gelisah. lama benar salina di dalam bilik pemeriksaan.

"isteri tuan akan kami bawa ke labour room sekarang, sudah ada bukaan 5cm,insya allah subuh nanti pasti isteri encik bersalin. encik boleh ikut kami ke labour room kalau encik mahu."


johan mengikut nurse ke labour room,memang dia sudah berjanji akan sentiasa menemani salina jika salina sakit mahu melahirkan bayi mereka. tak kan dia mahu membiarkan salina sendirian.
tidak sampai pun waktu subuh, salina sudah selamat melahirkan bayi mereka. sekitar jam 3 pagi lebih kurang. mudah benar salina menjalani proses bersalin,johan sangat bersyukur.

"sebaik sahaja semuanya selesai, salina memanggil johan sekitar jam 5 pagi. dia mahu ke bilik air. dia mahu johan menemankan dia memandangkan dia masih lagi lemah. johan menemankan salina,untuk memudahkan dia menjaga salina awal awal lagi dia telah menempah bilik persendirian untuk keselesaan salina dan bayinya walaupun salina tidak mahu.

salina meminta johan menunggunya di luar sementara dia membuang air dan membersihkan badannya. di dalam bilik air salina memandang cermin yang disediakan sekilas. tidak teringin dia mahu memandang cermin di kala dia di dalam kesakitan begitu. perempuan di dalam pantang mana lah cantik. getus hati kecilnya.

usai dia membersihkan diri,sekali lagi salina memandang cermin. kali ini agak lama sedikit. sempat dia menyikat dan menyanggul rambutnya tinggi. dia memandang imej di cermin. tiba tiba melalui cermin dia melihat imej putih laju melintasi belakangnya. meremang bulu roma salina. apa benda yang melintas tu?salina pandang setiap sudut,mustahil ada burung atau apa apa binatang boleh masuk ke dalam bilik air yang bertutup rapat. cepat cepat dia keluar mendapatkan johan.

" kenapa ni.?cuba perlahan lahan sikit berjalan tu. ni tak macam di kejar hantu pula." tegur johan.
" tak ada apa lah bang..baby okey tak?" salina meninjau bayinya. nyenyak sahaja bayinya tidur.
" kata nurse,petang esok kalau baby okk tak ada kuning,ina pun okey kita dah boleh balik rumah. abang terus hantar ina balik rumah emak ye."
" boleh abang, ina tak kisah mana mana pun boleh nak berpantang ni."
" kalau macam tu kita balik rumah emak ina, tak jauh sangat dari tempat kerja abang,nanti bila dah dua minggu balik rumah emak abang pula. biar dua dua merasa menjaga cucu dan menantu."

petang itu salina sudah boleh keluar dari wad. johan terus sahaja menghantar salina dan bayinya kerumah emak mertuanya. dia turut bersama salina sementara dia masih lagi bercuti.

senja itu ketika johan dan keluarga yang lain sedang bersiap sedia untuk solat berjemaah tiba tiba kedengaran bayinya menangis kuat bagaikan di pukul. berlari johan menjengah bayinya. kelihatan salina terkaku di atas katil dengan mata terbeliak. seolah olah ketakutan.

cepat cepat johan mengambil bayinya lalu di bawanya keluar daripada bilik.
" mak abah,tolong tengok kan salina dalam bilik tu tak tahu kenapa"
bergegas emak dan ayah salina masuk kedalam bilik,mereka melihat salina kekejangan,mata terbeliak ke atas.

"allahuakhbar..salina"cepat cepat haji ali membacakan ayatul qursi lalu di raupnya wajah salina.salina rebah di atas katil. dia menangis teresak esak.

"mak...mak...tolong ina mak. tolong ina" dalam tangisan ina meminta tolong emaknya.
"kenapa ni ina...?kenapa ina jdi mcam ni..?" salina geleng kepala,tiba tiba dia ketawa nyaring. tadi menangis,sekarang ketawa pula..
" johan pergi surau panggil imam saleh. ina ni abah tengok lain macam sahaja"
suruh haji ali,bayinya yang sedang menangis diserahkan kepada emak mertuanya.

sebaik sahaja imam saleh sampai,dari dalam bilik johan dapat mendengar suara salina memaki hamun seseorang.

" eiii..bodoh. jangan kacau aku lah. aku nak tumpang dia,aku nak bertuankan dia.jangan halau aku..."

"dari tadi salina merepek johan,bukan macam dia" bisik emak mertuanya.
"tak ape mak,kita tengok ikthiar imam" johan merasa bimbang. apa pula yang merasuk salina.kasihan isterinya,baru dua hari bersalin sudah di duga begini.

" kenapa kau ikut dia balik?"tanya imam saleh kepada salina,nampak macam salina yang di tanya hakikatnya imam saleh bukan nampak salina sebaliknya seorang wanita tua sedang bertenggek di atas tengkuk salina. memelul erat leher wanita itu.

"suka hati aku lah..aku suka ikut dia,sebab dia manis" jawab salina.
"darah dia manis,aku suka.sudah lama tuan aku mati. aku dahaga darah. darah wanita beranak sulong"salina mengilai nyaring.

imam saleh tidak mahu melayan syaitan yang sedang bertenggek di atas tengkuk salina. dia membacakan ayat ayat rukyah.terjerit jerit salina sambil menyumpah seranah. sehingga lah dia keletihan , sehingga ke tengah malam keadaan salina beransur pulih.

imam saleh masih menunggu,bimbang salina terjaga dan kembali meracau. dia tahu benda itu masih berkeliaran di dalam rumah haji ali. selagi tidak di hantar pulang ke tempat asalnya.

menjelang pukul 4 pagi, salina terjaga dari lenanya. namun dia merasai dia bukan berada di dalam biliknya sendiri. kenapa dia berada di dalam sebuah rumah usang pula?


salina pandang sekeliling,di satu sudut kelihatan seorang wanita duduk di kelilingi cahaya lilin yang suram. dihadapanya ada dupa dan geluk yang besar dan berasap. wanita itu seolah olah sedang memuja sesuatu.

"mak,aku nak makan. aku lapar" salina mendengar suara budak kecil meminta makan tetapi tidak pula dia melihat sesiapa di situ.

"kau ni asyik minta makan,cari la sendiri"
"aku lapar mak.." rengek si kecil.
"ye lah...ye lah.susah betul membela engkau ni. tak cukup makanan dekat luar , dengan aku kau minta. aku dah tua...esok esok siapa nak bela kau,kalau kau tak pandai cari makan sendiri" rungut wanita tersebut. salina hanya memerhati. dia melihat sebijik telur ayam di dalam pinggan putih yang sudah pecah. wanita itu menghiris hujung jarinya dengan sebilah pisau,laju darah menitik jatuh di atas telur tersebut. dan tidak semena mena salina melihat lidah panjang tanpa jasad terjulur lalu menghirup telur dan darah di dalam pinggan.

terjerit salina melihatnya. di luar johan yang baru hendak terlena mendengar salina kembali terjerit bergegas dia mendapatkan isterinya. kelihatan salina seperti tidak sedarkan diri.rambut yang tersanggul rapi telah terburai ikatannya. mata hitamnya terbeliak ke atas,air liurnya berjejeran di bibir. sah! salina kembali di rasuk.

johan semakin bimbang, haji ali cuba menenangkan salina. kenapa nasib anak nya jadi begini. bimbang dia jika berkasar,apatah lagi salina masih di dalam pantang. dia cuma terdaya membacakan ayat ayat yang dia tahu. tidak berhenti dia dan johan membaca yassin hingga ke subuh.

salina sangat lemah,namun johan dan haji ali berpakat membawa salina pergi bertemu seorang ustaz yang juga pengamal perubatan islam. di sana baru lah mereka mengetahui mengapa salina jadi begitu.

"aku ikut dia,aku tak ada tuan,tuan aku mati."
"tuan aku tinggalkan aku dekat situ.aku lapar,aku nak makan."
"kenapa salina?ramai lagi orang lain?"
"dia nampak aku dekat cermin. aku suka dia.dia macam tuan aku."
"pergi balik ke asal kau,jangan ganggu anak cucu adam. atau kalau kau degil aku humban kau ke laut"
"tolong...aku nak tuan.aku lapar.jangan seksa aku...panas!sakit!" rintihan yang datang dari mulut salina menceritakan segalanya.

"memang saya nampak kelibat berwarna putih masa saya pergi bilik air dekat wad tu,tp saya tak sangka pula jadi begitu"
salina yang tidak tahu apa apa hanya menjawab apa yang di tanya johan apabila kesehatanya beransur pulih.

"tak sangka pula wad tu menyimpan misteri"keluh johan.
menurut nurse yang bekerja di situ memang ada kematian seorang wanita tua di dalam wad itu. itu pun tiga tahun yang lepas. tidak pula mereka mengetahui jika wad itu menyimpan sesuatu yang mereka tidak nampak. tidak pernah mereka mendapat aduan sepertimana johan bercerita.
pasti ada sebabnya mengapa salina yang di uji!

Post a Comment

Previous Post Next Post