Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 5



Cerpen ini sambungan dari Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 4


“Dear!”


Adellya berpaling saat terdengar jeritan tersebut. Tersenyum dia memandang Zafran berlari anak mengejarnya.


“Kenapa tak tunggu I?”


“Sorry.” Kena tunggu ke? Soal batinnya.


“So, lepas ni Lya, you nak ke mana?” Soal Zafran.


“Hmm, I nak balik hotel. Tired.” Berada di dalam kapal terbang selam 13jam dari Malaysia ke London membuatkan dia berasa sangat letih.


“Nak balik hotel? Tak nak lepak dulu? The crews nak lepak sempena sambut our new captain.”


Our new captain? Bermakna Hareez.


“Tak kut. Betul-betul penat. You jelah pergi. Beritahu dorang I minta maaf sangat sebab tak dapat join.” Pinta Adellya.


“Are you sure? Hmm. Kalau macam tu, I pun tak joinlah. I ikut you balik hotel.” Ucap Zafran sambil berura-ura menarik luggagenya itu.


“Ehh. Kenapa pulak?” Pelik Adellya dengan Zafran.


“Yelah. You tak nak pergi. I pun tak naklah.”


“Janganlah macam tu. Nanti apa pulak kata dorang kalau you tak pergi. I ni takpelah. Hanya stewardess. You tu captain. You should go, Zaf.” Pujuk Adellya. Dia betul-betul tidak terasa mahu bergambung untuk menyambut kehadiran Hareez.


“Dear, kalau you tak nak pergi, I pun tak nak pergi. Titik!” Tegas Zafran.


“But, why?” Keluh Adellya.


“Habis tu, you nak biarkan I sorang-sorang kat sana? I’ll be boring kalau you tak ada. Lagipun, I tak akan biarkan you balik hotel sorang-sorang.” Ucap Zafran.


Belum sempat Adellya membalas, kelihatan dua manusia menghampiri mereka. Sarah dan di belakangnya, Hareez?




******************************************
Atas pujukkan Sarah dan Zafran dia terpaksa turut bergambung memeriahkan lagi majlis tersebut. Mereka mengadakan di sebuah restoran halal. Restoran yang sudah menjadi tempat kunjungan mereka sekiranya mendarat di London.


Suasana yang riuh itu sedikit pun tidak membuatkan hati Adellya terhibur. Dia benar-benar tidak selesa. Terutama sekali dengan kehadiran Hareez. Bukannya dia tidak biasa dengan majlis sebegitu, cuma kehadiran Hareez yang membuatkan dia rasa sebegitu. Dia mengeluh perlahan sambil menyandarkan badannya di kerusi. Adellya hanya memandang Hareez dengan hujung mata sahaja. Tidak berani memandang terang-terangan.


“Lya? Are you okay?” Soal Zafran. Adellya kelihatan tidak selesa dari pandangan dia.


“I’m okay. Don’t worry.” Adellya tersenyum nipis. Mahu menyedapkan hati kapten itu.


Adellya menyuap sedikit Chocolate Cake ke dalam mulutnya. Dia pernah terbaca dalam beberapa artikel bahawa chocolate boleh menghilangkan tekanan. Kalau betul, dia sudah tidak kisah banyak mana dia telan benda alah bagi setiap wanita di dunia ini.


Suapan Adellya terhenti apabila tangan kasar milik Zafran berada di tepi bibirnya itu. Tersentak di buatnya.


“You makan comot sangatlah, Lya. Macam budak-budak.” Senyum Zafran melihat kecomelan Adellya.


Adellya hanya tersenyum pahit. Dia memandang sedikit wajah Hareez di hadapannya itu. Hanya riak tenang dipamerkan suaminya itu. Dia tak marah ke orang sentuh isteri dia? Soal hati kecilnya. Adellya, kau dah lupa ke? Dia kan dah tak cintakan kau lagi. Pahit. Itu yang dia rasakan saat ini.


“Zaf. I nak ke ladies sekejap.” Pamit Adellya. Zafran hanya menggangguk kepalanya.
Adellya berlalu meninggalkan meja tersebut.


Hareez hanya memandang Adellya berlalu dari sebelah kapten muda itu. Apa hubungan mereka berdua? Dari Malaysia lagi mereka berdua tampak mesra. Tidak mungkin hanya rakan kerja. Pasti lebih. Melihat cara yang Zafran tunjukkan itu sudah terbukti. Lelaki. Itu. Cintakan. Adellya, isterinya. Tiba-tiba Hareez tersedar. Dia tidak sepatutnya ada perasaan seperti ini. Bukankah dia sudah tidak cintakan Adellya? Hanya Eleena di dalam hatinya.


Sebut pasal Eleena, dia belum hubungi lagi cinta hatinya itu setelah tiba di London. Kerana teruja menyambut majlis dia, terlupa pula kepada orang di sana. Cepat-cepat dia meminta diri keluar.


************************************************************
Adellya menapak keluar dari toilet. Langkahnya tiba-tiba terhenti saat terdengar suara yang amat dia kenali itu. Hareez.


“I’m really sorry, Baby. I tak sengaja. Dorang buat party sikit untuk I, sempena ketibaan I. I’m so sorry, okay?” Pujuk Hareez. Sepi. Mungkin Hareez mendengar balasan dari sebelah sana.


“Yaa. I promise. Lepas ni, I tak buat lagi dah macam ni. Okay, I balik nanti kita dating puas-puas, kay?”


Adellya mendekatkan lagi kedudukkannya dengan Hareez. Agae lebih jelas apa yang mereka bualkan. Mungkin percakapan di sebelah sana tak dapat dia dengar. Tapi sekadar Hareez, dia sudah agak apa yang mereka bualkan. Itu sudah cukup.


“I janji. Okaylah, I terpaksa pergi ni. Nanti sebelum tidur I call you. I takut dorang tunggu I lama sangat ni. Okay Baby?”


Perit tekaknya saat menelan ludahnya. Adellya hanya menahan air mata yang akan mengalir bila-bila masa saja.


“Ingat tau, I selalu cintakan you. Jangan nakal-nakal kat sana. I tak boleh hidup tanpa you. Muah! Muah! Take care. Love you, Leena.” Ucap Hareez sambil mengucup Note 3nya. Dia menamatkan perbualan mereka berdua.


Hareez memandang wajah yang menjadi wallpaper di telefonnya lalu mengusap seakan dia mengusap wajah itu betul-betul. Dia tersenyum bahagia.


“Awak betul-betul cintakan dia?”


Tersentak Hareez dengan suara itu lalu berpaling ke arah datangnya suara itu. Adellya!


“Err... you. Buat apa kat sini?” Soal Hareez gagap. Did she heard all?


“Jawab soalan saya, Hareez.”


Keluhan terdengar dari mulut Hareez. “Ya. I love her so much. More than I love you, Adellya.”


Dupp!


Laju air matanya mengalir. Tergarnya suaminya berkata sebegitu. Tidak terfikirkah perasaannya ini?


“What about me? Saya isteri awak Hareez. Isteri awak yang sah!” Bentak Adellya. Sehingga pelanggan di restoran tersebut memandang ke arah mereka berdua.


“Adellya. Shh. Perlahankan sikit suara you tu. You nak dorang tahu pasal kita ke?” Marah Hareez dengan nada sedikit perlahan.


“Kenapa kalau dorang tahu? They have to know about our marriage. Awak suami saya, dan saya isteri awak. Saya tak nampak langsung mana salahnya kalau mereka tahu hubungan kita.” Sayu suara Adellya.


“Adel. You perlu faham. I dah tak cintakan you. I hanya cintakan Eleena. Don’t you get it?” Dengus Hareez kasar.


Adellya hanya terkaku mendengar kenyataan bahawa Hareez, suaminya yang telah menikahinya 4 tahun lalu dah tak cintakan dia. Ya Allah. Sakitnya hati dia saat ini.


“Dan, one more thing. Selepas kita mendarat di Malaysia, I akan uruskan hal penceraian kita.” Hareez berjalan meninggalkan Adellya yang terkaku di ruang itu.


Bersambung...


Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti menyakiti hati
-Angkasa Band

Sambungan : Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 6

Post a Comment

Previous Post Next Post