Cerpen ini sambungan dari Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 3
“Ehem.” Adellya berpaling ke arah deheman orang itu.
“Eh, Kap..”
“Again, Lya? How many time I have to tell you?” Soal Zafran.
Keluhan keluar dari mulut Adellya. “Sorry, Zaf.”
“Yaa. Itu baru betul. So, you dah ready nak terbang dengan Kapten baru?” Soal Zafran. Senyuman mesra dihadiahkan kepada gadis itu.
“Hmm. Kenapa dia di tempatkan dalam group kita? Kenapa bukan dengan group yang lain?:” Soalan Zafran dijawab dengan soalan.
Zafran ketawa kecil mendengar soalan yang baru saja keluar dari mulut gadis jelita itu. “Dear, you dah lupa or you buat-buat lupa ni?”
Adellya mengerut dahinya tanda tidak faham dengan soalan si pilot muda itu.
“Dear, hari tu kan, Kapten Qairul dah informkan pada kita semua yang group kita akan menerima pengganti Kapten Hisyam. And, that guy yang akan gantikan tempat Kapten Hisyam.”
Adellya mempamerkan wajah terkejutnya. “Ya Allah. I lupalah. Macam mana boleh lupa ni.” Ya Allah, Adel. Macam mana kau boleh lupa ni? Tapi, dia tak pernah terfikir kalau Hareez yang akan menggantikan tempat kapten lama mereka. Dugaan betul.
Zafran menggosok kepala Adellya perlahan. “You ni. You fikirkan apa sampai lupa ni?” Adellya hanya terkaku dengan layanan Zafran. “So, you dah ready?” Soal Zafran sekali lagi.
Adellya tesenyum kelat mendengar soalan itu.
***********************************************************************
Hareez hanya memandang ke arah Adellya dan kapten muda itu. Mesra sungguh mereka berdua. Sempatlah dia tengok agenda si jejaka menggosok kepala isteri dia. Kalau tak silap dia, itu kapten yang akan terbang sekali dengan dia nanti. Nama apa ya? Dia lupa. Baru saja tadi Kapten Qairul kenalkan mereka berdua. Zafrin? Zafrun? Zafran?
Laju kakinya melangkah ke arah mereka berdua. Deheman kecil dikeluarkan. Adellya mengangkat kepalanya. Alangkah terkejut dia melihat Hareez berada di depannya sekarang ini? Si Zafran hanya tersenyum mesra.
“Hai, guys.” Matanya menghala ke wajah Adellya yang jelas ternyata terkejut dengan kehadirannya.
“Hey, Kapten Hareez. Jumpa lagi kita, ya.”
“Yaa. Nanti pun kita akan berjumpa juga.”
Matanya memandang ke arah Adellya. Zafran yang perasan akan hal itu terus berdehem kecil.
“Ohh ya. You berdua belum berkenalan kan?”
Adellya memandang wajah Zafran. Jangan kata Zafran nak kenalkan mereka berdua.
“Yaa, I belum kenal lagi dengan si jelita di depan I ni. Hai, I Hareez.” Hareez menghulurkan tangannya kepada Adellya.
“A.. A.. Adellya.” Huluran Hareez dibalas dengan teragak-agak. Wajah ditundukkan. Tidak mampu untuk bertentangan mata dengan suaminya. Dia takut dia tidak kuat untuk hadapi semua ini.
“Ehem. Kapten Hareez. Jangan lama-lama sangat tangan tu. I punya ni.” Kata Zafraran dengan nada berbau gurauan. Mungkin kedengaran seperti dia bergurau. Tetapi, dari sudut hatinya yang dalam, memang itu maksudnya yang sebenar. Suatu hari nanti, dia ingin menjadikan Adellya dia yang punya.
“Ohh, really? Dia you punya? Melepaslah I kalau macam ni.” Nada kecewa dikeluarkan. Berpura-pura kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zafran.
Adellya memanggung kepala. Terkejut dengan kata-kata si suami. Melepas apanya kalau si suami sendiri yang mahu melepaskannya. Pandangan tajam dari Hareez seakan-akan menghantar mesej kepadanya, ‘You’re mine. Not him!’. Arghh! Tak mungkin dia akan kata macam tu. Mimpi lebih je kau ni, Adel!
“So, boleh kita pergi sekarang? Dah tiba masanya untuk kita fly. Nanti-nanti kita boleh sambung berbual.” Zafran menukar topik. Dia seperti faham bahawa Adellya tidak selesa dengan keadaan seperti itu. Entah kenapa hatinya berkata, ada sesuatu di antara Adellya dan si kapten muda itu. “Come Lya. Hareez.”
“Yaa.” Hareez membiarkan Zafran dan Adellya beriringan di hadapannya. Entah kenapa, ada perasaan yang tidak selesa hadir di dalam hatinya melihat kemesraan Adellya dan Zafran. Tapi, cepat-cepat dia hapuskan perasaan itu.
Ingat Eleena, Hareez. Elena. Hanya Eleena dalam hati kau bukan perempuan lain.
Bersambung...