Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 6


Lama juga dia berdiri di situ sampai naik lenguh kakinya itu. Dia berjalan melangkah untuk ke meja mereka. Tidak mahu membuat rakan-rakan setugas bimbang akan dirinya.

Kakinya terkaku saat terpandang susuk badan tegap yang sedang bersandar di dinding dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

“You dah okay?” Soal Zafran perlahan. Saat menyedari kehadiran Adellya. Matanya tepat memandang ke dalam mata Adellya.

“Maksud you?” terpingga-pingga Adellya dengan soalan Zafran.

“You tak nak kongsi dengan I ke, Lya?” Keluh Zafran.

“Kongsi apa?” Semakin pelik Adellya dengan soalan yang keluar dari mulut Zafran. Tup! Jangan-jangan…

“Sampai bila you nak rahsiakan daripada I pasal hubungan you dengan Kapten Hareez?” Soal Zafran sedikit tegas namun tetap perlahan.

“Arr.. app… apaa yang you cakapkan ni?” Soal Adelly gagap. Tak kan Zafran dah tahu?

“You still nak berdalih lagi? I dah dengar semuanya tadi, Lya. About your marriage. Then, cerai semua tu. Kenapa you tipu I selama ni, Lya?” Pelahan suara Zafran. Sakit hatinya saat mengetahui hubungan antara Adellya dan Hareez.

Adellya hanya mengetap bibir menahan air matanya dari jatuh. Akhirnya tiada apa yang dapat dia sembunyikan lagi daripada jejaka di hadapannya kini.

***************************************** *************

Adellya menghenyakkan badannya di atas katil empuk itu. Dia ingin melepaskan semua penat lelah yang dia lalui. Tangan diletakkan ke atas dahi. Keluh dilepaskan. Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan anatara dia dan Zafran.

*************************************************

“How could he did this to you, Lya?” Bentak Zafran. Panas hatinya setelah Adellya meluahkan semuanya. Itu pun selepas dipaksa olehnya. Kalau tidak, sampai ke sudah tak adanya dia nak bercerita. Walaupun terdetik di sudut hati dia kecewa dan terluka atas berita Adellya telah pun dimiliki, dia tidak sanggup melihat keadaan Adellya sekarang. Keluh dilepaskan perlahan-lahan.

“Habis tu, apa yang you nak buat? You nak bercerai? You setuju dengan permintaan dia tu?” Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir seksi itu. Zafran berpusing memandang Adellya. Berjujuran air mata yang mengalir di pipi gebu itu.

“I… I… I tak tahu, Zaf. I tak tahu.” Semakin kedengaran tangisan Adellya . Kepala dielengnya berkali-kali. Sungguh tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Setuju atas permintaan Hareez? Atau…

“Lya, do you love him? Do you still love him?” Soal Zafran perlahan sambil mengusap perlahan air mata yang mengalir di pipi Adellya.

Diam. Sepi. Tidak tahu apa jawapan yang patut dia berikan. Cinta? Ya. Tapi, masihkah si dia mencintai dia? Tapi, kenapa begitu berat bibir ini untuk member jawapannya?

“Lya, look at me. Tell me. Do you still love him selepas apa yang dia buat dekat you?” Mata bertentang mata. Kelu lidah Adellya untuk bertutur.

“If the answer is yes, I will help you to change it to be no. I will help you to forget about him. Just give me a chance and I will make you happy forever, your life will become like a rainbow, Adellya. That’s my promises. Trust me. I will.” Ucap Zafran ikhlas sambil memandang tepat ke mata Adellya.


********************************************************************

Dia masih cintakan Hareez. Tapi setelah apa yang Hareez lakukan, masih layakkah mereka untuk hidup bersama kembali? Berkali-kali dia mencari dan berfikir. Dimana kesalahannya, kekurangannya sehingga Hareez sanggup menduakan dia dan ingin menceraikannya? Sempurna sangatkah perempuan itu? Dan jika dia memilih Zafran, akan bahagiakah hidupnya nanti?



Bersambung....

Sambungan : Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - bahagian 7

Post a Comment

Previous Post Next Post