Santau - Ida Anuar

SANTAU


"dah lama tak balik kampung, jom lah kita balik. kebetulan abang bahrin kenduri kahwinkan anaknya. terlanjur tu kita balik sekali rumah kakton" kata rian kepada isterinya cahaya.
" boleh juga bang..dah lama tak jumpa kak ton dan anak anaknya. budak budak tu kalau tak ada hal memang tak akan datang menjengah kita".

seperti yang di janjikan pada tarikh yang telah di tetapkan rian dan cahaya pulang ke kampung. mereka bercadang hendak bermalam di rumah kak ton. apabila sudah lama tidak pulang ke kampung pasti banyak sahaja cerita mereka adik beradik.
sebelum mereka sampai di rumah kak ton, mereka singgah dahulu di rumah abang bahrin.abang bahrin adalah kawan kepada arwah abang long rian. kawan sepermainan sejak kecil. duda beranak tiga itu sudah lama benar menduda,abang bahrin memilih untuk membesarkan anak anaknya sahaja daripada memikirkan dirinya sendiri.
gembira benar hati rian dapat bertemu kembali dengan abang bahrin,jika lelaki itu tidak mengambil keputusan menetap di kampung pasti mereka tiada peluang bertemu sampai bila bila.




"meriah kenduri abang..alhamdullilah,lepas dah semua anak anak abang ye." rian memaut mesra bahu sahabat nya itu.
" alhamdullilah..senang dah rasanya."
"lepas ni boleh lah abang pula naik pelamin..khabar kak idah pun dah jadi balu. sesuai dah tu bang." sengaja rian mengusik abang bahrin kisah lamanya dengan kak idah. dahulu mereka berdua memang suka menyukai,cuma jodoh sahaja yang tiada.
" ah kau ni rian..ke situ pula. aku tak fikir dah perkara begitu. kalau aku mahu dulu lagi lah aku buat. sekarang ni aku fikir amal ibadah aku sahaja lagi. kalau ada rezeki aku hendak ke mekah pula menunaikan haji. anak anak sudah ada yang jaga..tak lah aku ni bimbang sangat."
rian ketawa.
" betul lah tu bang, bagus sangat abang tumpukan lah perhatian pada diri sendiri pula. saya doakan hajat abang akan tercapai juga."

rian dan cahaya meninggalkan majlis abang bahrin sebaik sahaja segalanya selesai. mereka pulang ke rumah kak ton yang terletak satu kilometer dari rumah pengantin. suka benar hati rian dapat bertemu bahrin hari ini.

malam itu cahaya merasa panas keterlaluan. bergelas gelas air di teguknya. kak ton juga sedikit kehairanan cuaca tidak lah panas sangat tetapi cara cahaya seolah olah dia berada di padang pasir pula.
"kenapa cahaya?" tegur kak ton.
"entahlah kak ton, tekak saya ni rasa panas. rasa terbakar pula." jawab cahaya.
"nak demam agaknya tak" teka kak ton.
" agaknya, sedap saya meneguk air batu dekat rumah abang bahrin tadi. cuaca panas sangat,apa lagi sedap lah saya minum air sejuk tu. mana tahu mahu jadi begini pula."
"tak apa lah..kalau malas hendak ke dapur, bawak aje jug tu ke dalam bilik kamu..kalau dahaga waktu tengah malm tak perlulah kamu ke dapur."
"baik kak..akak pergi lah tidur dahulu"

rian tidur kepenatan dia tidak menyedari langsung situasi cahaya yang kegelisahan. cahaya pula benar benar kepanasan,hingga ke sudahnya dia hanya berkain batik sahaja tidur. kipas pula berada betul betul di atas kepalanya.

esoknya cahaya semakin tidak sehat. dia demam tiba tiba. segala sendi nya sakit sakit. selsema menyerang, tekaknya terasa perit yang amat sangat.
"kita pergi klinik lah ambil ubat." usul rian. cahaya hanya mengikut sahaja cadangan rian.

dua hari berikutnya, cahaya semakin tidak sehat. batuknya semakin menjadi jadi. batuk kering tidak berkahak. sendi sendinya rasa bagaikan mahu tercabut. sehingga hari ketiga, batuknya mengandungi darah. terpana cahaya melihat darah di tapak tangannya. rian juga terkejut melihat darah yang tersisa di tapak tanga cahaya. lekas lekas dia membawa cahaya ke hospital.

seminggu kemudia apabila keputusan pemeriksaan darah cahaya keluar, rian bertambah terkejut. semuanya normal sahaja tetapi cahaya di penglihatannya tidak sehat. seolah olah sedang sakit teramat sangat. kenapa pula doktor boleh mengatakan cahaya sehat sehat sahaja.

" saya ni pengamal perubatan pakcik rian, perubatan moden tetapi saya tidak pernah menolak perubatan secara islam. macam ni lah pakcik,cuba pakcik cari mana mana ustaz. tengok kan makcik ni. sebelum melarat kita ikhtiar lah."

terpanggil juga rian dengan cadanga doktor muda tersebut. cahaya tidak sakit seperti pesakit yang terkedang di hospital. barangkali isterinya itu mendapat gangguan yang dia sendiri tidak tahu.

rian mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. kepada kak ton di adu nya masalah cahaya.
" dah sebulan sejak kami balik dari sini,cahaya memang tidak sehat. bila malam batuknya menjadi jadinya,kadang kadang sampai berdarah anak tekaknya. badannya juga lemah..selalu sangat demam. saya dah bawa ke klinik kak ton tapi tengok lah. cahaya semakin tidak sehat, semakin kurus. makan juga tidak berselera."
kak ton pandang cahaya. kesian adik iparnya itu menanggung sakit sekian lamanya.
"hurm..mari lah kita jumpa pak sabli, mana tahu pak tu boleh menolong kita."

malam itu mereka bertiga bertemu pak sabli. kebetulan orang tua itu ada sahaja di rumah. tidak di jemput orang berubat jauh dari kawasan kampung. adalah rezeki cahaya.

pak sabli menghiris limau nipis di dalam geluk, dia mengocak air terapung limau nipis yang sudah di belah. lancar sahaja ayat al quran yang keluar dari bibirnya. bukan jampi serapah. lega rian mendengarnya. kalau boleh dia tidak mahu berubat dengan bomoh yang menyeru atau memuja benda lain. syirik hukumnya.

"kalau sakit elok lah berubat. kau tunggu sekejap. aku hendak ke belakang mencari daun sirih." ujar pak sabli.
10 minit kemudian pak sabli naik ke atas rumah dengan 5 helai daun sirih.
" sirih bertemu urat..susah juga nak jumpa. mujur ada rezeki kamu malam ni."
" nak buat apa daun sirih tu tuk." tanya rian.
" benda di dalam badan harus di buang..jika tidak di buang bersarang dia di dalam badan..menjadi racun..bahaya."
"apa maksud tok?teruk sangat kah isteri saya." tanya rian.
" kita ikthiar sahaja rian..insya allah di atas izin allah."

pak sabli melayurkan sirih di atas api lilin yang terpasang, lalu dia menyuruh rian menekapkan daun sirih pada sendi sendi cahaya. di biarkan sahaja selama 5 minit. sebaik sahaja cukup masa nya,rian mengambil daun sirih tersebut satu persatu lalu di serahkan kepada pak sabli. pak sabli menayangkan sirih tersebut di bawah lampu kalimantang.
" tengok ni..." tunjuk lelaki itu kepada rian ,cahaya dan kak ton.
ada butir butir halus berkilat bagaikan kaca.
" apa tu?" tanya cahaya pelik.
" ini lah racun santau..." ujar pak sabli.
"santau?siapa pula yang tergamak menyantau adik saya." tanya kak ton.
" ini lah permainan syaitan..." pak sabli tidak berkata apa apa.
kepada rian dia berpesan supaya datang lagi,habiska tiga kali berubat sehingga habis.
sebelum pulang sempat juga rian bertanya,mengapa cahaya di santau pula.


" orang ni tak tahu pun yang dia adalah pewaris ibu santau. jadi dia memang tidak tahu apa apa. hanya hatinya sahaja yang tercuit dengan seloroh kamu...itu sebabnya ibu santau itu mengenakan cahaya. itu lah kadang kadang bukan pewaris yang mahu begitu sebaliknya syaitan yang menjaga benda iru yang sengaja mahu menduga. hati hati rian dalam berkata kata... hati orang kita tidak tahu." pesan sabli.

puas ria memikirkan hati siapa yang terluka dengan selorohnya. dia tidak peenah rasa gurauan nya keterlaluan..hanya sekadar mengusik ngusik sahaja.

" kamu tidak tahu kah rian...arwah bapa bahrin kata orang memang membela santau." kata kata kak ton menyebabkan rian tersedar, mungkin abang bahrin berkecil hati dengan gurauan nya tentang kak idah. allah! ria nekad...dia akan bertemu bahrin dan meminta maaf... asalkan cahaya sehat dia tidak kisah walaupun dia rasa gurauannya tidak lah salah.

Post a Comment

Previous Post Next Post