“Lya!”
Adellya menghentikan langkahnya saat mendengar namanya dipanggil seseorang. Laju kepala berpusing menlihat gerangan tersebut.
“Morning, Zaf.” Senyuman mesra dihulurkan walaupun badan masih letih setelah berada di atas awan selama 6 jam setengah dari Korea.
“Hai, pretty. How are you?” Soal Zafran lembut. Tahu buah hatinya itu letih. Tapi, disebabkan desakan rindu dia terpaksa juga menahan langkah Adellya. Ingin saja dia memeluk wanita itu jika tidak memikirkan status yang disandang Adellya.
“I’m fine, just penat sikit. Baru fly dari Korea. You?”
“Ohhh, I baru nak fly ke London.”
“London? Again? Berapa hari? Lama ke?” Banyak pula soalan yang ditanya. Entah kenapa tiba-tiba perasaan tidak enak menjalar di hatinya. Riak muka ditahan. Tidak mahu Zafran risaukan dirinya.
“Macam biasa, seminggu. Don’t worry, okay. Nanti I balik I terus jumpa you.” Ubun-ubun Adellya diusap perlahan. Dia akan merindukan wajah ini. Sungguh susah untuk dia melangkah pergi. Seakan dia tidak akan kembali lagi. Nafas ditarik. Senyuman mesra dihulurkan kepada buah hati.
“I pergi dulu. Nanti dah sampai sana I call you. Nanti, bila I dah tak ada, you jaga diri you baik-baik tau. Jangan bagi orang lain sakitkan hati you lagi. I will gonna miss you, Lya.” Kata-kata yang diucapkan Zafran membuatkan Adellya terkaku sebentar. Sedikit pelik dengan ayat itu. Tidak mampu dia mengeluarkan kata-kata membalas ucapan itu.
Saat Zafran melangkah pergi. Cepat-cepat dia memanggil kapten muda itu.
“Zaf, janji dengan I yang you akan balik dengan selamat. And back to me in one piece.” Walaupun perlahan, masih dapat didengari Zafran.
“InsyaAllah, I will, dear. I will.” Senyuman dihulurkan sebelum kembali menyambung langkahnya.
“Sedih ke buah hati tinggalkan you?” Suara di belakang membuat dia berpaling. Malas melayan si dia, dia menarik kembali luggage meninggalkan Hareez berdiri di situ.
“I nak fly sekejap lagi. Tak ada ucapan seperti mana you ucapkan kepada Zafran ke?” Soal Hareez. Ingat dia tak dengar apa yang mereka berdua berbual sebentar tadi? Rancak berbual sehingga tidak sedar dia kejung berdiri di belakang.
Tanpa membalas, Adellya menyambung kembali langkahnya. Tidak ada masa nak melayan Hareez.
“Adel! I belum habis lagi dengan you. Wait!” Jerit Hareez sehingga orang sekeliling memandang ke arah mereka berdua.
“You ni dah kenapa? Terjerit-jerit macam orang hilang akal.” Geram Adellya. Kaki laju melangkah mendekati si suami.
“You nak apa? I penat tahu tak!” Marah Adellya. Bertambah geram dibuatnya apabila Hareez hanya tercegat tanpa bersuara.
“Cakaplah cepat. I nak balik pulak ni. Orang dah ada depan mata ni cakap jelah. Tersengeh macam kambing buat apa?” Geram dia dengan si Hareez ni.
“Dengan si Zafran bukan main mesra lagi you cakap dengan dia. Dengan I, macam nak telan je. I suami or dia suami?” Sinis Hareez.
Bibir diketap menandakan bahawa dia geram dengan kata-kata suaminya. Dahla tengah penat si suami pulak saja menaikkan darah dia. Huh, suami? Tiba-tiba rasa nak gelak kuat-kuat je bila Hareez mengaku yang dia tu seorang suami.
“Okay, now I tak nak gaduh dengan you. Apa yang I nak sekarang, kenapa you pindah keluar dari rumah ibu?” Soal Hareez lembut.
“So, you dah tahu lah yang I dah pindah kan. Baguslah. Tak payah susah-susah I nak bagitahu.”
“Kenapa you pindah tak berbincang dengan I dulu?” Soal Hareez. Mata tepat memandang wajah jelita di depannya. Hati pernah menyoal diri sendiri, mengapa dia sanggup menduakan Adellya? Kemana pergi cinta dia terhadap Adellya dulu? Dimamah bumikah?
“Perlu ke I berbincang dengan you?” Sinis saja soalan itu keluar dari mulut Adellya.
“I’m your husband, Adel.”
“My husband? Tapi, you langsung tak berlagak seperti seorang suami pada I, Hareez.” Luah Adellya. Air mata yang ingin mengalir ditahan. Dia tidak mahu Hareez melihat dia lemah.
“By the way, tolong akhiri hubungan kita secepat mungkin. I tak sanggup hidup bergantung tak bertali macam ni.”
Kaki laju melangkah meninggalkan Hareez terkedu di situ. Cukuplah Hareez. Cukup sampai di sini saja kisah kita. Akhiri semua ini. Agar kita dapat mencari kebahagiaan sendiri.
************************************************
‘I tak sanggup hidup bergantung tak bertali macam ni.’ Luahan Adellya kelmarin masih terngiang-ngiang di telinganya. Melepaskan Adellya? Sungguh hati ini tidak sanggup. Tetapi, bukankah itu adalah keputusannya sebaik saja mendarat di bumi Malayasia? Apa yang telah berlaku dengan keputusannya itu?
Dia cuma tidak mahu Adellya terlepas dan bersama dengan lelaki lain terutama kapten muda itu. Tergugat? Keluhan kecil dilepaskan. Mungkin. Sejak dia pulang ke Malaysia, Adellya selalu berkepit dengan kapten muda itu, dan dia Adellya langsung tidak pandang. Adellya sudah berputus asakah dengan dirinya?
Telefon bimbit di atas meja kopi dipanadang sepi. Sejak dia mendarat di bumi Turki, telefonnya asyik berdering. Siapa lagi kalau bukan daripada Eleena. Muka diraup kasar. Asyik memikirkan soal Adellya sampai terlupa akan kekasihnya.
Patutkah dia melepaskan Adellya pergi agar isterinya itu dapat mencari kebahagiaan sendiri? Tapi, dia? Bagaimana pula? Bahagiakah dia bersama Eleena nanti?
*******************************************************
‘Babe, esok pagi InsyaAllah I akan tiba di Malaysia. Can’t wait to see you. And yaa, I love you and miss you, heart! ’ – Hareez
WhatsApp daripada Zafran disambut dengan senyuman. Entah kenapa tidak sabar rasa untuk berjumpa dengan Zafran.
‘Okay. Dah sampai Whatsapp I. I will fetch you at airport, dear. Miss you too.’ – Adellya.
Dear? First time dia mengunakan perkataan itu buat Zafran. Hmm, alangkah indahnya hidup jika Zafran dulu yang dia temui sebelum Hareez. Mungkin sekrang mereka dah hidup bahagi. Mempunyai sebuah keluarga yang kecil. Bukannya hubungan yang tida hala tuju seperti dia dan Hareez ini. Keluhan kasar dilepaskan. Serabut memikirkan hal rumah tangga dia.
Lebih baik dia tidur. Esok pagi nak kena bangun awal. Nak jemput Zafran. Hareez? Hmm, dia dah malas nak ambik tahu pasal lelaki itu.
Perlahan-lahan mata melabuhkan tiarainya untuk maalm itu.
***************************************************
Bunga di tempat duduk sebelah dipandang dengan penuh perasaan berbunga-bunga. Tidak sabar untuk memberi kepada Zafran. Lebih tepat tidak sabar ingin berjumpa dengan Zafran. Senyuman manis dilakarkan. Sekejap lagi pasti Zafran akan tiba. Make up di wajah dibetulkan. Okay, done.
Telefon bimbitnya berdering seiring dengan kaki yang melangkah masuk ke pintu airport.
‘Sarah.’
“Hey, babe. Zaf dah sampai ke? I baru je sampai kat pintu masuk ni. Sekejap lagi I sampai.”
“Lya, I had something to tell you. I hope you bersabar.” Ucap Sarah perlahan. Berita yang ingin dikhabarnya kepada Adellya ibarat akan meruntuhkan semangat hidup Adellya.
“Apa dia? Kenapa suara kau lain, Sarah? Kau ada problems ke?” Soal Adellya pelik. Dah kenapa pulak dengan Sarah ni?
“No. It’s about Kapten Zaf.” Jawab Sarah perlahan.
“Kenapa dengan Zaf?” Perlahan-lahan kaki dia berhenti dari melangkah. Ingin memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan Sarah mengenai Zaf.
“Zaf, he’s gone, Lya.”
Dum!
Bersambung...