Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 9


Ting! Tong! Ting! Tong!

“Wait a second!” Laung Adellya. Pelik. Bukan ke dia dah beritahu Zafran tunggu dia dekat lobby? Kenapa tiba-tiba pula datang ke biliknya? Tanpa mengintai siapa di lubang kecil itu, Adellya terus membuka pintu.

“Zaf, I...”

Tercengang. Terkaku. What’s he doing here?

“Morning.”

Tanpa izin sepasang kaki tetamu yang tidak diundang itu laju melangkah masuk ke dalam bilik Adellya.

“So, are you ready to fly back?”

“What are you doing here, Reez?” Tanpa menjawab soalan Hareez laju dia menembak suaminya dengan soalan lain.

“Saja datang nak melawat isteri I. Salah?” Soal Hareez sinis.

“You should not be here.” Mata memandang jejaka yang segak berpakaian juruterbang di depannya ini. Mereka akan terbang balik ke Malaysia dalam masa beberapa jam lagi. Sudah seminggu dan sudah sampai masanya untuk mereka pulang ke tanah air. Untuk menguruskan hal-hal yang patut diselesaikan dengan segera.



“Why not?” Hareez menjatuhkan badannya di atas katil queen tanpa menghiraukan pandangan tajam Adellya.

“Or you takut Zafran tahu I ada dalam bilik you?”

Adellya memejamkan matanya rapat. Tidak mahu melayan kepala Hareez yang kadang-kandang okey, kadang-kandang tidak okey.

“Kalau you tak ada apa-apa nak cakap, better you keluar dari bilik I. I have work to do.” Ucap Adellya menahan sabar.

“Okay. But, before I keluar, I nak tahu something. Where have you been last night? ” Soal Hareez menahan sabar.

“That’s not your business. So, pelease get out from here.” Kenapa nak tahu mana aku pergi? Sabarlah wahai duhai hati.

“I tak akan keluar selagi you tak jawab soalan I. And yes! This is my business, because you are my wife, Adellya!” Bentak Hareez.

“Yaa! I’m your wife. But, after today, I will become your ex wife. So, please, Hareez. Stop, stop pretending like you care about me.” Lirih sekali suara Adellya kedengaran di telinga Hareez.

“You... memang tak sabar nak sadang title janda kan?” Soal Hareez tiba-tiba.

Terbuntang mata Adellya. Ya Allah. Apa yang tak kena dengan suami dia ni? Bukan ke Hareez yang tak sabar nak sadang title duda? Dah kenapa dia pula yang dipersalahkan?

“Kenapa you tak jawab?”

“Hareez, tell me. Apa yang you tak puas hati dengan I sebenarnya ni? You kan yang tak sabar nak lepaskan I. Now, kenapa you cakap seolah-olah I yang mintak perpisahan ni?” Bidas Adellya.

Ting tong!

Ting tong!

Belum sempat Hareez membalas kata-kata Adellya, loceng bilik hotel berbunyi menandakan ada yang datang.

Zafran. Entah kenapa, hati Adellya kuat mengatakan bahawa manusia yang menunggu di luar ialah Zafran. Laju mata memandang tajam ke arah Hareez. Hatinya sakit melihat Hareez yang berpeluk tubuh.

“You tak nak tengok siapa yang datang ke?” Soal Hareez sinis.

“Entah-entah kekasih hati you yang datang.” Sambung Hareez dengan senyum sinis.
Laju kaki melangkah ke pintu. Saat pintu dibuka, bukan main laju jantungnya berdegup. Seperti dia telah melakukan kesalahan dan tertangkap oleh Zafran.

“Hai, Lya.” Sapa Zafran dengan senyuman mesra.

“Errr.. Hai. You buat apa dekat sini?” Soal Adellya tergagap-gagap.

“I tunggu you kat bawah tadi, tapi you tak turun-turun. Tu yang I naik ni. Takut you terlajak tidur.” Jelas
Zafran sambil tergelak kecil.

“Haaa, I... I.. ada nak packing a few things lagi ni. You turunlah dulu. Nanti bila dah siap, I turun. Okay?”

“Laaa, takpelah. Kita turun sekali je. I tunggu you.”

“No! No. I mean, Nanti you bosan pulak kalau tunggu I kat sini. Why not you turun. Then, you having a chit chat dengan yang lain dulu sambil tunggu I?” Kalut Adellya memberi alasan kepada Zafran.

“Lya, what’s wrong with you? You okay ke tak ni?” Pelik Zafran melihat tingkah laku Adellya. Kabut semacam saja.

“It’s okay. I boleh tolong you packing barang mana yang tak packing lagi tu.” Laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik hotel Adellya. Tidak sempat Adellya menghalang kapten muda itu.

“Barang mana lagi...” Terkedu. Itu yang dapat Zafran gambarkan. Melihat Hareez yang enak berbaring di atas katil queen itu. Sakit mula menjalaar di dadanya. Sesak untuk dia bernafas dengan baik. Patutlah tak nak bagi aku tunggu. Rupanya dah ada yang datang membantu.

Adellya hanya dapat memejamkan matanya. Tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi selepas ini. Dia tahu apa yang Zafran rasakan saat ini. Sumpah dia tidak berniat nak lukakan hati Zafran.

“Hey, Zaf. Kau buat apa kat sini?” Sapa Hareez buat-buat terkejut.

“Hareez. Aku tak tahu pulak kau ada kat sini.” Suara dikawal baik. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang marah saat ini.

“Laaa, tak akan nak masuk bilik isteri sendiri pun salah kot.” Ucap Hareez dengan sinis.

“Reez!”

“Right. Tak salah. Aku yang salah sebenarnya datang masuk bilik isteri orang.” Sampuk Zafran sebelum Adellya berkata-kata.

“Zaf...” Sayu suara Adellya memanggil dirinya.

“I should go now, Lya. I tak tahu you ada dengan suami you. Kalau I tahu I tak ganggu. Sorry.” Ucap Zafran sayu sambil melangkah keluar.

“Zaf, wait. I boleh jelaskan.” Pinta Adellya sambil menarik lengan jejaka itu.

“No need, Lya. Tak ada apa-apa yang you nak jelaskan. He’s your husband, so...” Senyuman hambar dihadiahkan kepada Adellya sebelum melangkah pergi meninggalkan Adellya terkaku di depan pintu biliknya.

Ya Allah! Kenapa ini yang terjadi?

Dengan perasaan marah, laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Tanpa menghiraukan Hareez yang berdiri di situ, dia mengapai segala barang-barangannya dan melangkah keluar. Tidak mahu membuang waktu dengan melayan karenah Hareez.

Tidak terkata Hareez melihat Adellya laju melangkah keluar meninggalkan dia sendiri di situ. Tanpa sepatah kata. Tak akan marah kot? Kaki laju mengikut jejak langkah Adellya.

***********************************************
Sunyi sepi di dalam lif membuatkan Adellya terasa sedikit kekok berdiri di samping Hareez. Yelah, dah lama tak berjumpa. Tup tup bila dah jumpa perkara yang tak dijangka pula berlaku.

“Ehem!” Deheman kecil dari Hareez tidak dihiraukan. Malas mahu melayan lelaki itu. Buat sakit hati je. Hai, lambat pula lif ni bergerak.

“Adel...”

Ting!

Kaki laju melangkah meninggalkan Hareez. Panggilan Hareez dibiarkan. Sepasang matanya laju mencari susuk tubuh seseorang. Hati itu perlu dipujuk. Dirinya baru saja ingin merasakan kebahagian, ini pula jadinya.

Kepala dipusing ke belakang. Lelaki yang dari tadi mengejarnya sudah tiada. Malas nak ambil tahu mana dia pergi.

“Sarah.”

Sarah yang berdiri di dalam kelompok itu berpaling.

“Hey, Adel. Apasal kau lambat sangat turun? Dari tadi Kapten Zaf cari kau.” Kata Sarah dengan senyuman penuh makna.

“Kau ada nampak Zafran tak?” Soal Adellya.

“Zafran? Amboi, dah tak ada lagi dah Kapten dekat depan ya. Kau ada hubungan dengan Kapten ae?” Usik Sarah.

“Ishhh! Kau ni. Dahlah. Biar aku cari dia sendiri.” Tanpa menghiraukan Sarah dia melangkah mencari jejaka itu.

Matanya menangkap susuk tubuh jejaka itu. Belum sempat dia mengahampiri, Zafran melangkah masuk ke dalam bas yang akan membawa mereka semua ke airport. Keluhan dilepaskan. Dengan perasaan kecewa Adellya melangkah. Mungkin dia patut memberi masa untuk Zafran bertenang. Nanti dia akan curi sedikit masa untuk memujuk jejaka itu.

********************************************
“Sure, babe. Leena, I have to go now. Bas kitorang dah sampai ni. Nanti bila I dah selamat landing, I call you, okay baby?”

“........”

“Yaaa, love you too.” Bibir mengucap kata cinta kepada gerangan di sana. Tetapi mata memandang wanita di sini yang berdiri jauh darinya itu. Satu perasaan hadir bertandang ke dalam hatinya saat memandang wajah itu. Entah apa dia juga tidak tahu. Yang dia pasti saat Adellya bersama Zafran, dia cemburu. Hatinya sakit. Tak akan cintanya terhadap Eleena sudah berpaling semula kepada Adellya?

Bersambung...

Post a Comment

Previous Post Next Post