GULA-GULA HACKS DAN JUS SUNQUICK...INILAH TAUKEHNYA!
Kalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi kalau aku sebut gula-gula Hacks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahkan. Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama.
Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura
Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.
Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!
Memang hebat dan lain macam Kumpulan Barkath ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, hari Jumaat ini pukul 11 pagi, sahabat saya Puan Nazira Nazirakan muncul di RTM2. Anak mami Pulau Langkawi ini telah mewawancara secara eksklusif Datuk Barkath Ali dalam rancangan Qudwah. Rancangan ni kelompok sasarannya adalah golongan India Muslim so depa guna bahasa Tamil tetapi jangan risau, ada subtitle.
Pada Nazira, tahniah dan tak sia-sia jadi anak murid mamu kat TV Al-Hijrah dulu heheheh...sempoy! Mamu bangga sungguhlaaaaa....
Via FB Syahril A. Kadir