Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 14

Adellya yang termenung jauh itu dipandang Hareez. Buntu. Dia buntu ingin memujuk Adellya. Langsung tiada perubahan ke atas diri itu sejak Zafran pergi. Malah, semakin teruk selepas kehadiran orang tua Eleena. Kata ibu, Adellya hanya mendiamkan diri saja saat mereka datang. Dia tidak tahu apa yang bermain di fikiran si isteri. Kaki melangkah ke arah di mana Adellya melabuhkan duduk. Adellya tidak perasan akan dirinya kerana isterinya membelakangkan dirinya.

“Jauh termenung.” Sambil punggung melabuh disisi Adellya. Saja duduk dekat-dekat.

“You menungkan apa, Adel?” Soal Hareez sambil tangan meraih jari jemari si isteri.
Adellya hanya mampu biarkan. Entah kenapa dia tidak pula mahu membantah kelakuan Hareez.
Hareez hanya tersenyum saat kelakuannya dibiarkan Adellya.

“You rindukan arwah?” Soal Hareez perlahan.

Adellya terkaku dengan soalan diberikan Hareez. Kenapa tiba-tiba tanya soalan itu? Rindu Zafran? Memang dia rindukan Zafran sangat rindu. Sebak mula menguasai diri. Cuba ditahan. Tidak mahu Hareez melihatnya.

“Kalau you rindu, you sedekahkan Al-Fatihah dekat dia. Kalau, kalau you nak menangis, you menangis. I temankan. Tapi, I mintak selepas you menangis ni, I tak nak you menangis sebab arwah lagi. Hati I sakit bila you rindukan dia. Hati I sakit bila you jadi macam ni sebab arwah. Lelaki yang langsung tiada kaitan dengan hidup you. Sedangkan I, I suami you, you sisihkan I. Hati I sakit sangat Adel.” Sayu saja Hareez meluahkan rasa sakitnya. Sedikit terkesan di hati Adellya saat mendengar luahan si suami. Namun, bagaimana dengan Eleena?

“Tapi, Eleena?” Soal Adellya perlahan.

“Leena, I akan tinggalkan dia. I dah tak sanggup lagi dah sakitkan hati you. Masa you dengan Zafran, hati I macam dilumat-lumat. Sakit sangat kat sini.” Tangan Adellya di bawa ke dada.

“I sayang dan cintakan you, sayang.” Luah Hareez lagi.

“Tapi, kenapa masa you balik dulu, you cakap you dah tak cintakan I?” Adellya masih tidak percaya dengan luahan Hareez. Susah untuk dia percaya. Sebab dulu lain, sekarang lain. Tidak tahu mana satu yang harus dia percayakan.

“Dulu, I keliru dengan kedatangan Eleena. Masa I kat sana, I tergoda dengan kecantikkan Eleena. You jauh. I kat sana sorang-sorang. I perlukan seorang peneman di sisi I. Tapi, I tak sangka akhirnya, I jatuh cinta dengan Eleena. I sangka semakin hari cinta I terhadap you hilang. Tu sebab I balik bawak Eleena perkenalkan dekat ibu dan ayah. Dan buat keputusan untuk ceraikan you.” Wajah dipaling sedikit ingin melihat reaksi Adellya, namun Adellya hanya mendiamkan diri sambil memandang ke lurus hadapan.

“Tapi, I tak tahu kenapa I tak dapat nak lepaskan you. Nak nak dengan kehadiran Zafran waktu tu. Lagi buat ego I tercabar. Tapi rupanya, cinta dan sayang I terhadap you tak pernah hilang. Cuma, dibutakan oleh kehadiran Eleena. I’m really sorry, sayang.” Luahan di habiskan dengan kata maaf. Tapi, Adellya masih tetap begitu. Masih mendiamkan diri.

“Please say something, Adellya.” Pujuk Hareez.

“Bila you nak tinggalkan Eleena?” Soal Adellya sekali lagi. Luahan Hareez dibiarkan sepi. Entah kenapa, dia mendengar tapi, dia tak tahu apa yang dia rasakan.

“Kalau you nak, sekarang I boleh jumpa dengan dia dan settlekan hal I dengan dia.” Ucap Hareez bersungguh-sungguh. Dia sanggup, asalkan Adellya dapat menerima dirinya semula. Dan Adellya masih juga mendiamkan diri.

“Adel.” Panggil Hareez perlahan. Tangan mengelus pipi gebu isterinya itu.

“Buatlah apa yang you rasa patut you buat, Reez.” Hanya itu yang dikeluarkan oleh Adellya lalu bangun dan berlalu pergi meninggalkan Hareez terkaku dibangku.

Apa maksud Adellya? Buat apa yang patut aku buat?

********************************

Jam di tangan di pandang buat kali entah ke berapa. Keluhan dilepaskan. Sudah malas menunggu, dia bangun dari duduknya, tapi sebelum dia mula melangkah tiba-tiba tangannya diraih seorang. Terus kepala dikalih ingin melihat siapa.

“Baby, I’m so sorry sebab lambat.” Ucap Eleena.

“It’s okay. Duduklah, I ada something nak bincang dengan you.” Keluhan dilepaskan. Hareez ingin menamatkan segalanya di sini. Ini yang patut dia lakukan dari awal lagi.

“You nak bincang apa ni, Baby? Nampak ketat bukan main lagi muka you hari ni.” Rengek Eleena. Tangan Hareez di atas meja dielus perlahan.

“Pasal kita.” Tangan ditarik. Tidak selesa dengan keadaan itu. Dia dah janji dengan Adellya, dia tidak mahu mungkir janji buat kali kedua.

“Kenapa dengan kita?” Cara Hareez berkelakuan seperti dia dapat agak apa yang akan berlaku selepas ini.

“I rasa, I tak dapat teruskan lagi hubungan ni. So, maafkan I Leena. I nak putuskan hubungan kita.” Ucap Hareez tanpa rasa bersalah.

“Putus?!” Jerit Eleena. Hampis semua pelanggang café tersebut melihat ke arah mereka.

“Leena, you nak menjerit ni dah kenapa? Tak boleh ke perlahankan sikit suara you tu?” Nak menjerit bagai pulak.

“Tapi kenapa? You tak boleh buat I macam ni, Reez. You dah janji dengan I yang you nak kahwin dengan I. You takleh tinggalkan I macam ni. Family I semua dah tahu pasal kita. Parents I pun dah pergi jumpa parents you. Tak akan senang-senang je kita nak putus.” Sembur Eleena. Geram dengan keputusan Hareez.

“Sorry. I terpaksa. I sayang dan cintakan isteri I seorang je. I’m so sorry, Eleena atas semua kesalahan I terhadap you selama kita bersama.”

“Isteri? What do you mean, isteri?” Sumpah dia terkejut. Isteri? Jangan cakap kalau Hareez.

“Yaaa, isteri. I dah kahwin sebelum I belajar di London.” Jelas Hareez.

“That’s mean, masa kita bercinta, you dah jadi suami orang? You dah melampau Hareez! I tak sangka you sanggup tipu I macam ni.” Tangan diangkat lalu dilayang ke pipi milik Hareez.

“You akan menyesal buat I macam ni, Hareez. You akan!” Gertak Eleena lalu meninggalkan Hareez terkaku di situ.

Hareez hanya tersenyum. Ini hanya rasa sakit sikit. Tidak sesakit hati Adellya yang dia telah lukakan. Satu masalah dah selesai. Sekarang, dia ingin pulang dan selesaikan masalah dia dengan Adellya. Dan berharap hati si isteri akan terpujuk. Harap Hareez di dalam hati.

*******************************************

Wajah si isteri di cari. Di dapur, di bilik malah di dalam bilik air juga wajah itu tidak kelihatan. Risau mula hadir. Kaki laju melangkah turun mencari Puan Iman.

“Ibu!” Laung Hareez di hujung anak tangga terakhir.

“Ada apa ni, Reez? Menjerit sampai satu rumah dengar ni?” Soal Puan Iman pelik. Apa yang tak kena dengan anak dia sorang ni?

“Adel mana, bu?” Soal Hareez risau.

“Adel? Laaa, kamu tak tahu ke mana dia pergi?” Soalan Hareez di balas soalan. Dan soalan itu pula menambahkan kerisauan yang telah tersedia ada di dalam diri lelaki itu.

“Kalau Reez tahu tak adalah Reez menjerit panggil ibu.” Keluh Hareez.

“Adel pergi kubur tadi.” Jawab Puan Iman perlahan.

Terkaku sebentar jari jemari Hareez yang sejak tadi bermain di screen telefon. Berhajat ingin menghubungi si isteri. Tapi, jawapan Puan Iman membuat hajatnya terbantut. Kaki perlahan melangkah ke sofa. Punggung dilabuhkan perlahan. Keluhan halus dilepaskan.

“Kenapa, Reez?” Soal Puan Iman.

“Kenapa Adel masih tetap ke sana, bu?”

“Maksud Reez?”

“Kenapa Adel masih pergi kubur Zafran, sedangkan Reez dah banyak kali bagitahu jangan pergi.” Jawab Hareez perlahan.

Dia tak nak Adellya terus bersedih. Dia ada. Apa gunanya dia kalau Adellya tetap ke sana? Apa fungsinya dia kalau Adellya tetap ke sana? Pedih di hati sangat terasa.

“Reez. Reez jangan halang dia ke sana. Zafran kawan dia. Tak salah kalau dia nak menziarah kubur Zafran. Dia rindukan Zafran, Reez.” Pujuk Puan Iman perlahan. Dia tahu apa yang Hareez rasakan. Tapi, apa yang dia mampu lakukan?

“Tapi, Reez tak suka dia ke sana, bu. Hati Reez sakit sangat setiap kali dia pergi ke sana.”

“Masa Reez pulang dari London dan perkenalkan Eleena kepada kami semua, Reez pernah terfikir tak apa perasaan Adel masa tu? Hati dia terlebih dahulu hancur kerana perbuatan Hareez yang tak fikirkan hati dan perasaan dia. Mungkin sakit Reez tak standing apa yang dia rasa waktu tu. Eleena, masih hidup. Tapi, Zafran dah pergi tinggalkan dia. Reez, faham tak maksud ibu?”

“Beri Adellya masa untuk tenang dan pulihkan diri dia seperti biasa.” Bahu Hareez digosok perlahan. Puan Iman bangun dari duduknya untuk menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Beri ruang untuk Hareez berfikir.

Hareez memicit pelipis yang tiba-tiba terasa sakit. Apa lagi yang harus lakukan untuk sembuhkan hati, Adellya?

*Bersambung...

Post a Comment

Previous Post Next Post