Cerpen : Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 13

‘He’s gone, Lya. Teksi yang bawak Zafran ke airport accident. Lori yang datang dari arah bertentangan langgar teksi yang Zaf naik, menyebabkan mereka bertembung dan Zaf….’

‘He’s gone, Lya.’

Satu ayat mampu membuatkan semangat hidupnya terbang melayang. Satu ayat mampu membuat dia tidak mampu berdiri lagi. Satu ayat mampu membuatkan dia menangis tidak berhenti sehingga sekarang.

Kapten Zafran. Tiada lagi Zafran yang akan menemani siang dan malam dia. Tiada lagi yang akan menemani dia makan. Tiada lagi Zafran yang mengucapkan kata rindu dan cinta. Semuanya tinggal kenangan. Perginya Zafran ibarat semangat untuk dia terus hidup melayang.

Kata Qalif, kenderaan yang dinaiki Zafran mengalami kemalangan semasa Zafran dalam perjalanan ke airport. Teksi yang membawa Zafran bertembung dengan sebuah lori. Dan Zafran menghembuskan nafas terakhirnya disitu. Ya Allah! Berat untuk dia menerima semua ini.

Zafran pergi saat tiada siapa disisinya. Zafran pergi disaat dia belum meluahkan perasaan sayang buat lelaki itu.

Masih terngiang-ngiang di telinganya saat Zafran ingin berlepas pergi.

‘Nanti, bila I dah tak ada, you jaga diri you baik-baik tau. Jangan bagi orang lain sakitkan hati you lagi. I will gonna miss you, Lya.’

Patut dia rasa berat hati untuk melepaskan Zafran pergi, rupanya Zafran ingin meninggalkannya, bukan untuk seminggu tapi untuk selamanya. Batu nisan di gosok lembut ibarat dia membelai kepala Zafran.

“Zaf, I tak sangka you akan tinggalkan I secepat ni. I tak sangka Zaf. You tunaikan janji you, yang you akan balik in one piece. Tapi, bukan dengan keadaan you yang tak bernyawa, Zaf. Bukan itu yang I mintak Zaf.” Semakin teresak tangisannya.

“I tak tahu macam mana kehidupan I lepas ni tanpa you, penguat semangat I. I ingat I mampu untuk terus berdiri sendiri. Tapi, ternyata I salah. I tak boleh. But, I will try. Itu yang you nak tengok kan? I akan doakan you semoga you tenang di sana, Zaf. InsyaAllah, I akan selalu datang jumpa you. I pergi dulu, sayang. Assalamualaikum, Kapten Zafran.” Ucap Adellya seiring dengan aliran air mata yang mengalir di pipi gebu itu.


Saat dia kalih ke belakang, hanya pandangan sayu yang mampu dia lemparkan kepada Hareez. Tiada mood untuk bertikam lidah dengan lelaki itu. Dia masih diselubungi dengan perasaan sedih. Dia harap Hareez faham keadaan dia macam mana.

“Kita selesai hal kita selepas keadaan kembali pulih.” Hanya itu yang mampu dia ucapkan kepada Hareez.

Hareez yang sejak dari tadi hanya mampu melihat isterinya tangisi kepermegiaan lelaki lain. Walaupun setiap patah kata yang dikeluarkan dari bibir mungil itu membuatkan hatinya bagai disiat sebilah pisau, dia hanya mampu bertahan dan terus menemani Adellya di situ. Takut, Adellya akan melakukan perkara diluar jangkaan.


Begitu sedihkah Adellya saat Zafran pergi? Begitu cintakah Adellya kepada Zafran? Ya Allah, hilang sudahkah rasa cinta dalam hati isteriku buat diriku ini? Air mata mengalir di sebalik Rayban dipakainya disapu. Kakinya melangkah mengikut langkah Adellya.

“Adel, I hantar you balik, ya.” Ucap Hareez perlahan sambil lengan Adellya diraihnya.

“It’s okay. I boleh balik sendiri.” Perlahan Adellya membalas.

“I tak boleh biarkan you balik sorang-sorang dalam keadaan emosi you tak menentu Adellya.” Pujuk Hareez.

“I larat lagi.” Bantah Adellya. Dia tidak mahu melibatkan Hareez lagi.

“Adel, please. I tahu you tengah bersedih. Tapi, you still kena fikirkan tentang diri you jugak.” Geram dibuatnya. Dalam keadaan macam ni pun masih jugak nak berkeras kepala.

“Fine!” Langkah diatur menuju ke kereta Hareez.

“I hantar you balik rumah ibu.” Ucap Hareez saat enjin kereta dihidupkan.

“Buat apa hantar I kat sana? I nak balik rumah I.” Suka-suka hati dia je.

“Kalau dekat sana nanti ada yang boleh tengok kan you nanti. Kalau you sorang-sorang, sape nak tengok kan you?”

“You ingat I tak ada jiran tetangga ke?” Sinis saja ayat dikeluarkan Adellya.

“Adel, bukannya dorang 24jam boleh tengok kan you.”

“Tapi, I nak bersendirian. I perlukan ruang untuk I tenangkan diri I.”

“Habis tu, dekat rumah ibu tak ada ruang untuk you tenangkan fikiran you? Boleh tak kalau sekali you jangan melawan cakap I? I ni suami you, Adel.”

“Fine. I akan balik rumah ibu, but with one condition.” Putus Adellya.

“What, dear?” Tanya Hareez dengan senyuman. Lega Adellya mahu menurutinya.

“I tak nak tengok muka you dekat rumah ibu sepanjang I tinggal dekat sana nanti. Kalau you sanggup tunaikan syarat I, I akan tinggal dekat sana sehingga I okay. Muktamad.”

Senyuman yang mekar, kembali melayu setelah mendengar syarat Adellya. Keluhan dilepaskan perlahan. Entah macam mana dia patut lembutkan hati Adellya.

********************************
Angin dilaman rumah keluarga Hareez membuatkan dirinya nyaman sebentar. Masalah yang dialami juga terasa hilang dibawa arus angina. Alangkah indahnya jika masalah itu akan hilang begitu saja dan tidak akan kembali lagi. Namun, tidak semudah itu.

Hampir sebulan Zafran pergi tinggalkan dia. Dan selama itu juga dia tinggal di rumah Puan Iman. Hareez juga tidak kelihatan selama dia di situ. Mungkin, sewaktu dia berada di dalam bilik Hareez pulang untuk bertemu dengan ibu selepas itu balik. Tak pun berdating denagan buah hati sayang.

Pekerjaannya juga sudah dia tidak ambik tahu. Bukan malas, tapi setiap kali ingin melangkah ke sana, bayang-bayang Zafran mula bermain di mata. Semua kenangan bersama Zafran terngiang-ngiang di minda. Ya Allah, betapa rindunya dia dengan arwah Zafran. Hanya berdoa yang mampu dia lakukan.


Kadang-kadang ada juga terdetik difikirannya. Berdosakah aku apabila perasaan rindu dan sayang untuk lelaki lain wujud di dalam hati ini selain buat suami? Tapi, jika bukan Hareez yang mulakan dulu. Dia tidak akan lakukan semua itu. Perasaan buat Zafran tidak akan pernah wujud jika Hareez menjaga hubungan mereka berdua.

Pernah terdetik di hati. Kenapa dia dengan Zafran tak ditemukan awal-awal lagi? Sebelum perasaan cinta dan sayang buat Hareez? Namun, dia bukan siapa-siapa nak bantah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan.

***********************************
Suara riuh di ruang bawah membawa kaki Adellya melangkah turun. Ingin melihat apa yang menyebabkan kawasan itu kecoh.

Di situ, dia dapat melihat Puan Iman dan Encik Hisyam sedang melayan tetamu yang membelakangi dia. Terlihat seperti sepasang suami isteri dan seorang wanita muda. Tapi, tidak pasti pula siapa.

“Adel, sini nak.” Panggil Puan Iman. Asalnya malas ingin pergi tetapi atas desakkan Puan Iman terpaksa juga dia melangkah.

“Adel, ini mak ayah Eleena.” Ucap Puan Iman perlahan. Tidak tahu bagaiman reaksi Adellya. Tapi, daripada penglihatannya hanya pandangan kosong yang diberikan Adellya buat keluarga Eleena. Tiada persaan marah atau sedih. Encik Hisyam hanya tersenyum kelat. Tidak tahu bagaimana perasaan menantunya itu.

“Ini anak makcik ke? Adik Hareez? Tapi, Reez cakap yang dia anak tunggal.” Soal Eleena. Baru dia perasaan, wanita muda itu, Eleena.

“Ouhhh, ini anak arwah kawan baik makcik dan pakcik, Adellya namanya.” Jawab Puan Iman berhati-hati. Dia tahu jawapannya telah mengecewakan Adellya. Namun, dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa sekiranya Adellya berdiam diri. Dan Hareez pula tiada di sini.


Adellya hanya mampu tersenyum kelat. Bersalam dengan mak kepada Eleena dan berlalu meminta diri untuk ke atas.

Sungguh tiada perasaan yang dapat dia gambarkan sekarang sebab dia tak rasa apa-apa pun. Sakit mahupun kecewa, tidak. Hanyalah kosong.

Bersambung...

Post a Comment

Previous Post Next Post