CERPEN: Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 3


 Adellya memijak anak tangga terakhir. Dia ingin cepat ke tempat kerjanya. Sudah hampir 2 minggu dia bercuti. Sekarang sampai masanya dia mulakan kerjanya. Walaupun perasaan sedih dan kecewa itu
masih bersisa, dia perlu kuat dan tabah. Jika dia terus berkurung di dalam bilik itu bererti dia telah memberi peluang besar kepada perempuan yang telah membuat suaminya itu ingin meninggalkan dia.

Belum sempat dia melangkah ke bilik kecil yang disediakan untuk menyimpan semua kasut, suara Puan Iman kedengaran di belakangnya.

“Adel. Adel nak ke mana ni?”

“Adel nak pergi kerjalah, bu.”

“Kerja? Adel dah okey ke?”

“InsyaAllah Adel okey, ibu. Ibu jangan risau ya? Lagipun dah 2 minggu Adel cuti. Takut tak ada sesiapa yang nak gantikan tempat Adel nanti.”



“Kalau macam tu, takpelah. Erm, Adel tak nak breakfast dulu ke? Ibu ada masakkan makanan kesukaan Adel tu. Nasi Lemak dengan sambal bilis.” Dia sengaja masakkan makanan kesukaan menantunya itu. Mana tahu selera Adellya akan bangkit.

“Aduh. Adel nak sangat, bu. Tapi, Adel terpaksa pergi dah ni. Adel takut tak sempat nak kejar flight. Adel terpaksa terbang ke London. Seminggu.” Keluh Adel. Tapi, terpaksalah dia berkorban. Bekerja sebagai seorang pramugari memang banyak yang perlu dikorbankan.

“Laaa. Kenapa tak kasi tahu ibu awal-awal? Jap, ibu tapaukan untuk Adel ya? Tak baik tak sentuh sikit. Adel nak jalan jauh ni. Kejap ya , sayang.” Dengan tergesa-gesa Puan Iman ke dapur untuk bekalkan sarapan buat Adellya.

Belum sempat Adellya membalas, berdesup ibu mertuanya ke dapur. Hmm, untungnya dapat mertua macam ni. Tapi, selamanya ke mereka akan menjadi mertua aku? Sementara menunggu Puan Iman tapaukan untuk dia, Adellya menyarung kasut tumit tinggi hitam ke kakinya. Selepas itu, dia menghidupkan enjin kereta kesayangannya. Suzuki Swift berwarna merah garang itu. Ternampak kelibat Puan Iman di depan pintu, Adellya cepat-cepat keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Puan Iman.

“Susahkan ibu je. Nanti sampai kat KLIA, Adel makan ya.”

“Tak ada susahnya. Ni, pergi ayah dah tahu?” Soal Puan Iman. Nanti pelik pulak si suaminya bila Adellya tiada.

“Adel tak sempat. Ibu tolong kasi tahu ayah ya. Adel pergi dulu. Assalamualaikum.” Dia menyalam tangan Puan Iman dan mengucup kedua-dua pipi wanita itu.

“Ya, nanti ibu beritahu. Jaga diri elok-elok. Dah sampai London nanti, call ibu. Waalaikumussalam.” Pesan Puan Iman. Adellya hanya mengangguk.

***********************************************************
Adellya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan Nissan GTR berwarna putih itu. Cepat-cepat dia keluar setelah sedar dia telah lewat. Dengan tergesa-gesa dia mengeluarkan bagasinya dari bonet. Tiba-tiba ada tangan yang membantunya.

“Let me help you.”

Dia kenal suara itu. Dia memandang wajah lelaki itu. Kapten Zafran.

“Kapten.”


Zafran terus mengeluh mendengar Adellya memanggilya begitu. Adellya hanya menjungkit kening saat terdengar keluhan keluar dari mulut kapten muda itu.

“Lya. How many time I have to tell you?”

“Hah? Tell me what?”

“Don’t called me by that name. Captain? Oh God. Lya, I tak naklah you panggil I kapten. Formal sangatlah.” Senyum Zafran.

“Why? Memang I kena panggil you macam tu kan? You ketua I.”

Zafran membetulkan kedudukan kotnya di tangan kirinya itu sebelum memandang tepat pada wajah jelita di depannya.

“Dear, just call me, Zafran. Or Zaf? Not captain. Please. Orang lain I tak kisah sangat. But, you? I kisah sangat sangat.” Sempat dia mengenyitkan matanya sebelum berlalu ke dalam bangunan KLIA itu.
Adellya terkedu. Hmm. Dia tahu. Dia tahu sangat di sebalik semua kata-kata Zafran itu. Mempunyai maksud yang sangat mendalam. Adellya memandang belakang tubuh lelaki itu.

Zafran. Cintakan. Dia.

Yaaa. Dia tahu kerana Zafran pernah meluahkan perasaannya itu 1 tahun yang lalu. Dan dengan perasaan bersalah dia menolak lelaki itu. Dia dah mempunyai Hareez. Dan dia hanya cintakan Hareez. Hmm. Memang Hareez dah tak cintakan dia. Tapi, dia masih dan tetap cintakan Hareez.

I’m sorry, Zafran.

***********************************************************
Tergesa-gesa Adellya meninggalkan kafe. Semasa dia bersarapan, Sarah, teman baiknya menelefon bahawa big bos nak berjumpa dengan semua krew-krew. Dengar dari percakapan Sarah, macam penting perkara yang nak disampaikan oleh Kapten Qairul.

“Sorry. I’m late.” Tertunduk Adellya memintak maaf kepada semua. Zafran hanya tersenyum melihat Adellya.

Adellya melangkah ke arah Sarah berdiri. Di sebelah gadis itu, dia kenal jejaka yang berdiri di situ. Tersenyum kepadanya. Dia hanya membalas senyuman dan berjalan ke arah itu.

“You’re late, Lya.” Bisik Zafran.

“Yaa. I know it. Sorry.” Perlahan Adellya membalas.

“It’s okay. Kapten Qairul tak mulakan lagi. Mungkin dia tunggu semua orang dulu.”

“Adel. Kau kenapa lambat?” Soal Sarah. Dia hanya memandang Zafran berbisik dengan Adellya tadi.

“Aku tengah breakfast lah masa kau call aku tadi. Ni apasal dia minta kita kumpul ni? Something happened ke?” Soal Adellya kepada Sarah.

“Entah. Aku pun tak tahu. Dia just cakap yang kita semua kena kumpul sebelum fly nanti.”

Belum sempat Adellya membuka mulut. Suara Kapten Qairul sudah kedengaran.

“Okay. Guys, sebelum kita terbang nanti, saya ada nak maklumkan pada kamu semua bahawa kita akan menerima seorang rakan kerja kita yang baru. He will work at here as a pilot. Pertukaran from London. Ohh ya. Girls, he’s still single and handsome too.”

Semua tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Kapten Qairul. Tiba-tiba Adellya merasa tidak selesa. Alahai, kenapa pulak tiba-tiba je ni?

“Okay, guys. Meet your new captain.”

Cepat-cepat Adellya memandang ke depan. Bulat matanya memandang susuk tubuh yang berdiri di sebelah Kapten Qairul. Ya Allah! Apa pulak dugaan yang bakal dia hadapi nanti? Bekerja satu bumbung dengan Hareez? Suami dia?

Bersambung...

Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 4

Post a Comment

Previous Post Next Post