Jika Cinta Itu Sempurna



Melihat mentari direlungnya
Indah… cantik pacarannya
Kesempurnaannya jelas terbentuk
Aku melirik…akal meralat baurkan kata
Tiada mahligai yang sempurna seperti
Apa yang dimahu kita ...dan akal bicara lagi….
Ada pelbagai cara dan usaha untuk menjadi SEMPURNA
Adakalanya aku belajar untuk menjadi sempurna
Dengan apa mahumu, dengan caraku
Ada masanya aku gigih usaha ke arah sempurna
Tapi, apa mampu kudrat ku yang setakat mana
Aku pun kesal setiap mata yang berkedip



Merengus jiwa telah terlalu lama
Kerna asyik kemahuan fikiran sering mengutas
Minta menyediakan kau bahagia yang sempurna
Aku melihat diri sendiri, mencari silap
Mengapa kau harus begini….
Menjalani cinta ibarat dipaksa…. Aku sedar itu
Melalui hari penuh sengketa…. Aku simpati dengan kau sayang mesti kau menderita
Melangkaui masa dengan hati yang berbalam…Selalu aku fikirkan
Menunggu esok hari dengan ‘minta cerai’…Jangan kau mencabar kewarasan aku
Aku begitu takut ia berlaku
Aku pun kesal dengan setiap hembusan nafasku

Jika cinta itu sempurna
Pasti kasih sayang dan bahagia menjadi utama
Melayan jiwa tiap detik tanpa dipinta
Menjalani cinta dengan penuh makna…. Seperti warna pelangi
Melalui hari penuh cumbuan…. Seperti hangat mentari
Melangkaui masa dengan rindu dihati…seperti deruan angin yang terasa
Menunggu esok hari dengan rasa cinta…seperti adam dan hawa
Aku pun BAHAGIA dengan setiap hembusan nafasku

Mentari masih tetap berada dipaksinya
Relung cahaya menyamai bebayang aku
Terik bahangnya menyimbah benakku
Aku teringat apabila kita bertemu dulu
Kau sangat cantik ayu, aku terpikat
Jatuh cinta ku macam tiada kesudahannya (sehingga detik ini. Sekiranya engkau ingin percaya)
Dengan ucapan terima kasih cinta
Dan inilah kemampuanku
Kerna kau terima aku dengan seadanya
Aku cinta padamu..

Post a Comment

Previous Post Next Post