Novel : Jangan Biarkan Dia Pergi - Bahagian 1


Pertemuan semalam menggamit memori Afiza. Pertemuan yang mengundang seribu rasa di hati.
Benci,kesal, geram dan marah bercampur aduk. Kalau dia tahu pertemuan itu hanya untuk
menyakiti hatinya lebih baik dia tidak keluar menemui lelaki itu.

“Fie dah lama tunggu?” satu suara menegur dari belakang. Afiza tersenyum simpul kerana lelaki
yang ditungggu telah kunjung tiba.

“Assalamualaikum abang….” Kebiasaan Afiza memberi salam.

“Lupa pulak. Waalaikumsalam.” Jawapan yang biasa keluar dari bibir lelaki itu.

“Ada apa abang nak jumpa Fie?” Afiza terus kepada topik pertemuan itu.

“Ermm…kejap lagi abang tunggu kawan datang.” Pelik. Itulah yang di rasakan Afiza.Selama
ini pertemuan mereka hanya berdua tanpa melibatkan orang lain. Hati rasa berdebar dengan
jawapan itu.

Mereka saling bergelak ketawa dan bertukar-tukar cerita sambil menunggu kehadiran orang baru
yangbakal menjadi punca segala perasaannya berkecamuk. Perbualan yang sedang rancak
terhenti dengan kehadiran kawan yang juga seorang wanita agak jelita pada pandangan Afiza.
Kala wanita itu menyalami dan mengucup tangan abang Hairi, Afiza baru tersedar topikyang
akan mereka bincang sekejap lagi. Mungkinkah pertunangan mereka akan berakhir?

“Fie..kenalkan kak Puteri.” Salam saling di hulur mengenalkan diri masing-masing.Afiza masih
menunggu apa yang ingin di katakan oleh Hairi.

Hairi dan Puteri saling berpandangan antara satu sama lain. Tidak tahu bagaimana hendak
memulakan dan menceritakan keadaan sebenar yang terjadi antara mereka. Dalam hati Hairi,
Afiza masih mengatasi Puteri. Tetapi demi sebuah janji dan demi menyelamatkan maruah Hairi
terpaksa melukakan hati Afiza.

“Siapa kak Puteri?” terjahan soalan daripada Afiza membuatkan mereka terkedu.

“Isteri abang…” Bagaikan halilintar menerjah gegendang telinganya saat Hairi menyebut
perkataan‘isteri’ itu.

“1 tahun kita bercinta… dah masuk 1 tahun kita bertunang.. tiba-tiba abang perkenalkan
perempuan lain sebagai isteri abang? Kenapa abang buat Fie macam ni. Apa salah Fie abang?”
soalan demi soalan meluncur keluar tanpa dapat ditahan Afiza. Air matanya bertakung di
kelopak mata. Seboleh mungkin di kawal agar tidak ternampak betapa remuk dan hancur hatinya tika itu.

“Maafkan abang dan kak Puteri. Abang janji abang tetap akan memperisterikan Fie.”

“Betul kata abang Hairi. Kak Puteri sedia untuk hidup bermadu.” Puteri cuba untuk
mempertahankan keinginan suaminya untuk menikahi Afiza. Dia sedar dia bukan pilihan. Hairi
menikahinya kerana desakan. Dari awal lagi Hairi sudah menyatakan yang apa
pun terjadi dia tetap akan menikahi Afiza. Dan kerana itulah dia berada di sini.Berusaha
membantu suaminya untuk memujuk Afiza.

Post a Comment

Previous Post Next Post