CERPEN: Setia Itu Menyakitkan - Bahagian 1


Selepas 3 tahun, akhirnya. Inilah hari yang diananti-nantikan. Adellya memandang skrin besar yang terpampang di hadapannyaitu. Dia ingin tahu sama ada pesawat yang membawa si dia sudah mendarat ataubelum. Seketika, dia terdengar pengumuman bahawa pesawat dari London itu sudahselamat mendarat. Dia tersenyum lebar. Teruja untuk berjumpa empat mata dengansi dia setelah 3 tahun tidak bertemu. Beberapa saat kemudian, dia mengerutkandahinya. Ibu angkatnya, Puan Iman memandang anak yang dijaganya sejak bayi itudengan aneh. Dah kenapa pulak ni? Kerana risau, cepat tangannya mencuit bahuEncik Hisyam, suaminya itu.

“Kenapa?”Soal Encik Hisyam dengan riak blur.

“Adel,kenapa ni?” Soal Puan Iman risau. Dia memandang Encik Hisyam. Yelah. Takutanaknya itu sakit ke. Apa ke. Adellya bukannya pandai nak maklumkan padasesiapa yang dia tengah sakit ke apa ke. Semuanya dia pendam.

“Adel,rasa macam nak…”

“Nak apa sayang? Cuba beritahu ibu.” Gesa Puan Iman.

“Adel?Kenapa ini?” Giliran Encik Hisyam pulak bertanya. Dah kenapa dengan anakgadisnya ni?

“Adelrasa macam nak pergi toilet lah, ibu.” Sengih Adellya.

“YaAllah! Budak ni. Suka sangat buat orang risaukan.” Marah Puan Iman lalu menepukbahu Adellya pelahan. Tergelak Encik Hisyam dengan gelagat anak angkatnya itu.

“Dah,pergi cepat. Nervous lah tu.” Usik Puan Iman.


Adellyahanya tersengih dan berlalu pergi menuju ke tandas yang berhampiran.

****************************************
“Ibu, ayah!” Jerit seorang lelaki.

EncikHisyam dan Puan Iman tercari-cari wajah yang menjerit itu tadi. Selepasternampak wajah yang di carinya muncul, senyuman mula terhias di wajah pasangansuami isteri itu.

“Hareez.”Panggil Puan Iman dengan sebak. Mana taknya. Sudah 3 tahun anak tunggalnya itupergi bekerja di London. Bekerja untuk memnuhi permintaan sebagai seorang pilot.Dan selama 3 tahun itu jugalah dia tidak balik kerana sibuk dengan pekerjaannyaitu.

Merekasaling berpelukkan. Melepaskan rindu yang sudah lama terpendam itu. Akhirnya,anak mereka sudah pulang ke pangkuan mereka.

“Rindunyaibu dengan kamu, Reez.” Ucap Puan Iman sambil mengucup wajah anaknya itu. EncikHisyam hanya tersenyum melihat gelagak isterinya itu.

“Reezpun rindukan ibu dan ayah. Rindu sangat.” Balas Hareez dengan memeluk ibu danayahnya kejap.

“Kalaudah tahu rindu, kenapa tak rajinkan diri balik sini? Jeguk ibu dan ayah?” LajuPuan Iman menyembur anaknya itu selepas pelukkan mereka dirungkai.

“Ala,ibu ni. Kan Reez dah cakap. Reez busy dengan kerja, bu. Lagipun, tiket flightkan mahal. Manalah Reez nak cekau duit nak beli tiket tu.” Jawab Hareez. Kalauibunya dah membuka mulut, hah. Ayahnya pun boleh terdiam.

“Eh,kamu tu kan pilot. Free je kan kalau nak terbang ke sini kalau kamu yangterbangkan. Ah. Macam ibu tak kenal kamu ni, Reez. 28 tahun ibu besarkan kamu.Kamu ni memang pandai cari alasan. Kalau malas tu cakap je lah malas. Bukannyasusah.” Puan Iman menjeling anaknya itu.

“Hah,lupa pulak nak kenalkan ibu dan ayah dengan seseorang.” Tersenyum lebar Hareez.Sudah lama dia menunggu saat ini.

“Siapa,Reez? Kawan Reez ke?” Terjungkit kedua-dua belah kening Encik Hisyam. Siapapulak manusia yang Hareez nak kenalkan pada mereka ini?

“Kejapeh. Leena!” Jerit Hareez memanggil seseorang.

PuanIman berpandangan dengan suaminya itu. Siapa pulak gadis yang berjalan menujuke arah mereka itu? Jangan-jangan? Ya Allah! Hareez jangan cari pasal, nak.Bisik hati Puan Iman.

“Ibu,ayah. Ni, Hareez kenalkan. Eleena. My special one.” Hareez memperkenalkan gadisyang berdiri di sebelahnya itu kepada ibu dan ayahnya. Sebenarnya, cuak jugadia dengan reaksi Puan Iman dan Encik Hisyam.

“What?!”

Merekaberempat mengalihkan pandangan pada gerangan yang tiba-tiba menjerit itu. YaAllah! Lupa pulak dia pada Adellya. Macam mana ni? Kata hati Puan Iman.

**********************************
Encik Hisyam mengeluh perlahan. Dia memandang anak lelakinya itu denganpandangan tajam.

“Sekarangni, macam mana?” Soal Encik Hisyam tegas.

Hanyadia dan anaknya saja di ruang tamu itu. Eleena sudah pulang ke rumah orangtuanya. Bagus juga kalau gadis itu tidak ada di sini. Dia tidak berapa gemarakan gadis itu. Sombong. Berlagak. Isterinya pula, masih di atas sedang memujukanak mereka seorang lagi.

“Macammana, apa?” Selamba saja Hareez menjawab pertanyaan ayahnya itu.

“Hareez.Sebelum kamu buat keputusan nak bercinta dengan Eleena, kamu tak fikir ke,siapa yang sedang menunggu kamu di sini?” Encik Hisyam geram dengan sikap anaklelakinya ini. Senang dia je nak ambil sambil lewa mengenai hal ini.

Hareezfaham apa yang ayahnya mahu bincangkan. Tapi, dia tidak berminat mahuberbincang mengenai soal itu.

“Siapayang Reez perlu fikirkan?”

“Adellya,Reez. Adellya. Isteri kamu yang sah. Yang kamu kahwin 4 tahun dulu.” EncikHisyam kembali bertenang. Dia perlu bertenang untuk menguruskan sikap anaklelakinya ini.

“Reez,Adel. Dia menunggu kamu dah 3 tahun. Kenapa kamu sanggup buat dia macam tu,Reez? Masa kamu di sana, apa kamu lupayang kamu masih ada seorang isteri di sini? Hah?” Sambung
Encik Hisyam apabilaHareez hanya mendiamkan dirinya.

“Ayah.Reez cintakan Leena, yah.”

“Ohh.Kamu cintakan Eleena. Habis tu, isteri kamu pulak macam mana? Apa kamu dah lupamacam mana kamu melutut, merayu dengan ayah dan ibu supaya kahwinkan kamudengan Adel 4 tahun yang lalu? Kamu paksa Adel untuk terima kamu. Kamu pujukkami suruh buat Adel terima kamu. Dan, sekarang. Bila dia dah dapat terimakamu, sayang kamu, cintakan kamu, sanggup kamu buat dia macam ni pulak? Eh,Hareez. Kamu tahu tak? Seminggu selepas kamu pergi tinggalkan dia. Dia demampanas. Sebab apa? Sebab dia rindukan kamu. Suami dia. Suami yang dia cinta.Yang dia sayang.” Kata Encik Hisyam. Dia yang menjadi saksi di mana Adellyamenangis.Terseksa sebab rindukan Hareez.

“Ayah, itudulu. 4 tahun yang lalu. Sekarang, Reez dah tak cintakan dia lagi ayah. HanyaEleena di hati Reez. Apa yang Reez nak ada dalam diri Eleena. Dan semua tu takada dalam diri Adel. Dan tujuaan Reez balik sebenarnya ada sebab. Reez dah buatkeputusan. Reez nak berpisah dengan Adellya.”

“Hareez!”
Encik Hisyam dan Hareez memandang Puan Iman yangberdiri di atas tangga dengan riak yang marah. Selepas itu, Hareez perasanseseorang berdiri di belakang ibunya. Adellya! Gadis itu hanya berdiri terkakudengan wajah yang pucat. Mungkin dia sudah dengar bicara Hareez sebentar tadi.
Hareez hanya terdiam. Terkaku seperti isterinya itu.

Sambungan: CERPEN: Setia itu Menyakitkan - Bahagian 2

Post a Comment

Previous Post Next Post