Novel: Jangan Biarkan Dia Pergi - Bahagian 1


Pertemuan semalam menggamit memori Afiza. Pertemuan yang mengundang seribu rasa di hati.
Benci,kesal, geram dan marah bercampur aduk. Kalau dia tahu pertemuan itu hanya untuk
menyakiti hatinya lebih baik dia tidak keluar menemui lelaki itu.

“Fie dah lama tunggu?” satu suara menegur dari belakang. Afiza tersenyum simpul kerana lelaki
yang ditungggu telah kunjung tiba.

“Assalamualaikum abang….” Kebiasaan Afiza memberi salam.

“Lupa pulak. Waalaikumsalam.” Jawapan yang biasa keluar dari bibir lelaki itu.

“Ada apa abang nak jumpa Fie?” Afiza terus kepada topik pertemuan itu.

“Ermm…kejap lagi abang tunggu kawan datang.” Pelik. Itulah yang di rasakan Afiza.Selama
ini pertemuan mereka hanya berdua tanpa melibatkan orang lain. Hati rasa berdebar dengan
jawapan itu.

Mereka saling bergelak ketawa dan bertukar-tukar cerita sambil menunggu kehadiran orang baru
yangbakal menjadi punca segala perasaannya berkecamuk. Perbualan yang sedang rancak
terhenti dengan kehadiran kawan yang juga seorang wanita agak jelita pada pandangan Afiza.
Kala wanita itu menyalami dan mengucup tangan abang Hairi, Afiza baru tersedar topikyang
akan mereka bincang sekejap lagi. Mungkinkah pertunangan mereka akan berakhir?

“Fie..kenalkan kak Puteri.” Salam saling di hulur mengenalkan diri masing-masing.Afiza masih
menunggu apa yang ingin di katakan oleh Hairi.

Hairi dan Puteri saling berpandangan antara satu sama lain. Tidak tahu bagaimana hendak
memulakan dan menceritakan keadaan sebenar yang terjadi antara mereka. Dalam hati Hairi,
Afiza masih mengatasi Puteri. Tetapi demi sebuah janji dan demi menyelamatkan maruah Hairi
terpaksa melukakan hati Afiza.

“Siapa kak Puteri?” terjahan soalan daripada Afiza membuatkan mereka terkedu.

“Isteri abang…” Bagaikan halilintar menerjah gegendang telinganya saat Hairi menyebut
perkataan‘isteri’ itu.

“1 tahun kita bercinta… dah masuk 1 tahun kita bertunang.. tiba-tiba abang perkenalkan
perempuan lain sebagai isteri abang? Kenapa abang buat Fie macam ni. Apa salah Fie abang?”
soalan demi soalan meluncur keluar tanpa dapat ditahan Afiza. Air matanya bertakung di
kelopak mata. Seboleh mungkin di kawal agar tidak ternampak betapa remuk dan hancur hatinya tika itu.

“Maafkan abang dan kak Puteri. Abang janji abang tetap akan memperisterikan Fie.”

“Betul kata abang Hairi. Kak Puteri sedia untuk hidup bermadu.” Puteri cuba untuk
mempertahankan keinginan suaminya untuk menikahi Afiza. Dia sedar dia bukan pilihan. Hairi
menikahinya kerana desakan. Dari awal lagi Hairi sudah menyatakan yang apa
pun terjadi dia tetap akan menikahi Afiza. Dan kerana itulah dia berada di sini.Berusaha
membantu suaminya untuk memujuk Afiza.




Afiza memandang Puteri kehairanan. Suami sendiri rela di kongsi. Kenapa perlu berkongsi lagi?
Dia rela pertunangan mereka di putuskan daripada menjadi isteri kedua kepada Hairi.Dia juga
perempuan masakan dia tidak memahami hati seorang perempuan seperti Puteri.

“Tidak….Fie rela putus tunang daripada hidup bermadu.” Hairi menghela nafas saat jawapan itu
meluncur daripada mulut Afiza. Dia tahu jawapan itu tidak mungkin akan berubah semula. Namun dia berusaha lagi untuk memujuk Afiza.

“Fie,abang ada alasan sendiri kenapa abang bernikah dengan kak Puteri. Tapi abang terlalu
sayangkan Fie. Abang tak sanggup kehilangan Fie. Abang janji akan berlaku adil antara kak
Puteri dengan Fie.” Hairi masih ingin memujuk Afiza menerima cadangannya tadi.

“Kalau abang sayangkan Fie kenapa abang sanggup berlaku curang?”

“Fie,semua ni salah kak Puteri. Akak minta maaf pada Fie sebab merampas abang Hairi dari Fie.
Apapun alasannya biarlah hanya kami berdua sahaja yang tahu.”

“Apapun alasan abang Hairi dan kak Puteri, Fie tak nak ambil tahu. Fie nak putuskan
pertunangan ni.” Hairi terkedu mendengar suara Afiza yang melengking. Hilang sudah
kelembutan pada Afiza.

“Fie,abang tak sanggup nak berpisah dengan Fie. Cinta abang hanya pada Fie.” Puteri sedar
luahan Hairi bukan di paksa tapi datang dari hatinya yang ikhlas mencintai Afiza.

“Maafkan Fie. Kak Puteri mungkin rela untuk berkongsi tapi bukan Fie, Fie tak rela.”Walaupun
hakikat yang dia terlalu menyintai Hairi tapi dia tidak mahu menjadi seorang wanita yang tega menghancurkan perasaan wanita lain walaupun dia lebih dulu hadir sebelum Puteri.

“Bagaimanadengan ayah Fie? Fie sanggup melukakan hati keluarga Fie yang berharap hubungan kita sampai ke jinjang pelamin?” Hairi mula membentak.

Afizah hanya menggelengkan kepala tanda dia tidak tahu begaimana hendak berterus terang dengan ayahnya. Afiza tahu Hairi adalah pilihan ayah. Ayahnya dan ayah Hairi bersahabat baik. Pasti akan berlaku perselisihan faham andai pertunangan itu di putuskan oleh Afiza. Dia tidak sanggup memikir apa yang akan berlaku.

Hati Hairi semakin yakin Afiza akan menerima cadangannya. Afiza cinta pertama tidak mungkin dia akan lepaskan dengan mudah sementelah untuk mendapatkan hati Afiza begitu sukar. Walaupun perkenalan mereka di atur oleh keluarga tetapi kerana sikap Afiza yang lemah lembut dan paling penting paras yang rupawan membuatkan dia nekad untuk menyunting Afiza menjadi isterinya. Di kerling Puteri sekilas, dia tahu wanita itu terluka tapi dia yang memaksa. Cintanya hanya untuk Afiza. Bukan Puteri ataupun sesiapa. Sebab itu dia meminta Puteri untuk memujuk Afiza.


Baru tadi Puteri ingin menarik nafas kelegaan apabila Afiza menolak mentah-mentah cadangan
suaminya untuk bermadu. Tapi mendengar sahaja Hairi menyebut mengenai ayah Afiza, dia sedar
keinginan Hairi untukmemperisterikan Afiza begitu kuat sehingga dia sanggup menggunakan apa sahaja
alasan.

Tiga hati sedang berperang dengan perasaan masing-masing.Tiada kata terucap hanya mata
saling berbicara. Kerana seorang ayah keputusan akan dibuat. Satu jawapan yang akan
melegakan satu pihak tapi membuatkan dua jiwa merana. Akur dengan ketentuan Ilahi bahawa
jodoh itu bukan di tentukan oleh kita.

“Baiklah. Fie sedia menerima abang tapi…” Afiza memandangPuteri tajam sebelum
meneruskan kata-kata. “biarlah hanya Fie yang tahu kewujudan kak Puteri.”

“Apa maksud Fie?” terkejut dengan permintaan Afiza. Tidak mahu kewujudan Puteri di ketahui
oleh orang lain bererti Afiza hanya mahu dia sahaja dikenali sebagai isteri Hairi. Puteri tersentak
permainan apa yang ingin di lakukan Afiza. Hairi bungkam dengan permintaan Afiza.

“Fie orang pertama dalam hidup abang. Dan antara Fie dengan kak Puteri, Fie lebih berhak. Fie
nak status Fie sebagai isteri pertama.” Sinis. Itu yang dirasakan oleh Puteri. Afiza menafikan
hak dia selaku isteri pertama.

“Abang setuju.” Begitu mudah Hairi bersetuju dengan permintaan Afiza. Bergetar rasa jiwa Puteri.
“Seminggu dari sekarang kita berjumpa semula. Fie akan siapkan dokumen untuk kita bertiga.”
Nekad. Perkahwinan tapi bersyarat.

“Dokumen?” Puteri dan Hairi serentak bersuara. Permainan apa yang sedang di rancang oleh
Afiza. Masing-masing terkedu dengan permintaan Afiza. Tiada jawapan tiada pamitan Afiza
berlalu meninggalkan mereka. Mereka yang berdosa. Dan mereka harus menerima pembalasan.

Post a Comment

Previous Post Next Post