Seram : Kacau 3 - Ummu Hanan



KACAU 3 - Ummu Hanan

Hujung minggu di cuti sekolah. Aku sendirian di rumah. Suami kerja shif malam. Usai maghrib, aku membuka ratib Al-Attas lalu tenggelam dalam bacaan. Aku menghela nafas apabila selesai membaca hampir separuh daripada buku hijau yang tertera tajuk “Pendekatan diri kepada Allah” itu yang terkandung ratib, salawat dan zikir. Semenjak kena kacau dua hari yang lepas, ia membuatkan aku banyak berfikir tentang perkara yang lalu. Zaman kejahilan dan kelalaian . Zaman aku selalu kena “kacau” dan hijab mata dan rasa seolah telah dibuka oleh Allah untuk melihat dan merasa sesuatu. Zaman itu terlalu mudah hati dan jasad ini dipengaruhi oleh anasir-anasir ghaib.

*****


Aku memeluk bantal sambil memandang Sheda.
“Da, hati aku rasa lain macam je kebelakangan ini. Rasanya, ini kali terakhir aku join korang climbing. Gunung ini lah yang paling last rasanya” Sheda memandangku hairan.
“Kenapa?” tanyanya. Aku menggelengkan kepala.
“Kadang-kadang aku keliru dengan apa yang aku rasa. Tapi, hakikatnya esok macam akan terjadi sesuatu kepadaku” aku berterus terang. Semasa membuat keputusan untuk mendaki gunung bersama rakan-rakan ku ini, hati aku dah rasa lain macam. Rasa yang sukar untuk aku jelaskan. Malam berlalu begitu pantas sekali. Siang akhirnya menjelma.

Inilah harinya. Aku dan berberapa orang lagi rakan akan membuat ekspedisi mendaki gunung. Hanya aku dan Sheda perempuan diantara kami. Tapi, kerana mendaki ini adalah satu hobi, kami turutkan hati. Pendakian bermula dengan sedikit bacaan doa daripada Ismail. Bila semuanya sudah sedia, kami mulakan ekspedisi.

Kami sedia maklum, pelbagai versi cerita aneh dan seram tersebar di gunung tersebut. Jadi, tak hairanlah apabila melihat hutannya sangat tebal dan laluannya agak mencabar. Belum sampai separuh perjalanan, kami berhenti seketika. Aku mengambil tempat di sisi batu besar. Sesekali aku menggaru-garu pinggangku yang terasa gatal. Semakin lama semakin gatal sehingga memaksa aku untuk menyelak sedikit bajuku.

“Pacaaatttttttttt!!!!! Arghhhhhhhhh!!!!” bergema seantero hutan mendengar suaraku yang nyaring. Aku menjerit ketakutan dan kegelian. Sakit pun ada. Pacat enggan tanggal dari kulit. Akhirnya, Sheda membantuku untuk membakar pacat tersebut menggunakan lighter milik rakanku. Setelah keadaan kembali reda kami mulakan pendakian semula. Namun, entah mengapa aku merasa ada kelainan pada jasad ku. Pening yang teramat sangat. Menegak bulu tengkuk ku dan terasa dingin peluhku apabila terasa ditiup oleh angin yang entah datang dari mana. Sejenak, pandangan ku mulai kabur dan aku mula rasa diawang-awangan..

****
Seorang pun tak berani menghampiri kak Ja. Aku dan Amin setia mengekori belakang kak Ja dan bang Ismail. Bang Ismail setia berada di sisi kak Ja yang bukan macam kak Ja tu. Kudrat pendakian kak Ja luar biasa benar. Aku yang salu turun naik gunung ini pun adakalanya pancit. Tak cukup oksigen. Tapi, kak Ja macam cergas semacam. Sepanjang pendakian, kak Ja diam. Wajahnya suram. Kadang-kadang terlihat mulut kak Ja terkumat kumit sendirian. Seperti sedang bercakap dengan seseorang. Sesekali tangannya dihayunkan dan jemarinya lentik seolah-olah sedang menari. Sepanjang perjalanan dia berkeadaan sebegitu. Lansung tidak letih. Diberi minuman pun dia enggan. Kecut juga hatiku melihatnya. Namun, dalam pendakian dan undang-undang dalam hutan, haruslah positif. Kalau negatif, habislah. Dan, aku cuba positif untuk melihat keadaan kak Ja.

Jauh kak Ja dan bang Ismail tinggalkan kami. Kak Sheda dan abang Fikri pun sudah jauh keatas. Aku dan Amin hampir sampai ke puncak. Zul damn Ebal paling last.Tiba-tiba kami terdengar bunyi suara tangisan yang amat mendayu-dayu.

“Kak Ja!” Aku dan Amin mempercepatkan langkah. Di atas gunung, di tempat yang lapang, Kak Ja sedang terbaring sambi menangis. Aku melihat bang Ismail sedang cuba mengawal keadaan yang aku rasa semakin seram. Naik bulu romaku melihat keadaan kak Ja. Tangisannya pelik dan sungguh mendayu-dayu. Bang Ismail membaca berberapa ayat al-quran sambil melibas-libas badan kak Ja dengan kain tuala. Dia cuba berkomunikasi dengan sesuatu yang sedang mengacau kak Ja. Kak Ja sepertinya diam dan hanya menangis. Kami hanya menyaksikan sahaja saat itu. Terkumat kumit juga mulutku membaca berberapa ayat al-quran yang aku ingat. Keadaan terasa sungguh seram dan aneh kerana dunia seakan berhenti. Tiada bunyi unggas, tiada bunyi kicauan burung. Tiada lambaian angin pada daun. Yang ada cuma suara tangisan kak Ja yang seram dan mendayu-dayu. Sesekali dia menujukkan jarinya kearah berberapa sudut.

Yang peliknya, bila bang Ismail kata dia nak azan. Kak Ja mengangguk. Sayup kedengaran suara azan bang Ismail berkumandang. Dan, seiring dengan itu tangisan kak Ja semakin pilu dan menyeramkan. Usai azan, tangisannya ada reda sedikit, tapi masih belum kembali pada asal. Aku lihat bang Fikri pula yang memainkan peranan. Dia memegang ibu kaki kak Ja sambil membacakan satu ayat pendek dari quran.

Bagai terlepas dari ikatan, badan kak Ja terangkat keatas seiring dengan helaan nafas yang parau.

Alhamdulillah, kak Ja sudah kembali! - Cerita Wan.

Via Kalimah Paranormal Team X

Post a Comment

Previous Post Next Post