Mengapa Musibah Melanda Kita?


Mengapa Musibah Melanda?

Soalan :
Apakah pandangan Islam terhadap sesuatu musibah yg menimpa seseorang atau sesebuah negeri ? Mohon pencerahan. Trm ksh.

Jawapan :
Sebenarnya ada TIGA sebab atau motif mengapa Allah SWT menimpa musibah keatas seseorang atau sesuatu masyarakat :

1. Musibah al-Jazaa' (musibah balasan).

2. Musibah al-Balaa' (musibah ujian)

3. Musibah al-Tarbiyah (musibah pendidikan)

Maksudnya :

√ Terkadang tujuan musibah ditimpa Allah kpd seseorang kerana Allah ingin membalas perbuatan jahatnya dulu spt kini anak memalukan ibu bpk sbb dulu ibu bpk juga pernah melakukan perkara yg sama memalukan ibu bapanya.

√ Terkadang musibah menimpa seseorang kerana Allah hanya ingin menguji kesabaran seseorang bukan kerana dosanya spt Allah timpakan sakit kpd Nabi Ayyub. Para Nabi ma'sum tidak pernah buat dosa.

√ Terkadang musibah ditimpa ke atas seseorang semata-mata kerana Allah ingin mendidik seseorang spy menjadi insan yg cekal dan teguh pendirian spt musibah demi musibah menimpa Ulul 'Azmi dn para Rasul. Yang pasti musibah atau ujian demi ujian itu ditimpakan bukan kerana dosa mereka. Mereka ma'sum.

KESIMPULAN :

Musibah menimpa seseorang tdk semestinya kerana dosa seseorang. Mungkin kerana Allah ingin mengujinya atau mendidiknya. Oleh itu, sebaiknya serahkan saja kpd Allah apa sebenarnya hikmah dibalik suatu musibah dan kita perlu sentiasa berbaik sangka kpd Allah dan kpd sesama manusia. Semoga pencerahan ini berguna sehingga kita terhindar dari dosa.
[Dr. Ustaz Abdullah Yasin]

Post a Comment

Previous Post Next Post