Cerita Sedih 3 sahabat


Ada 3 org sahabat Ali, Abu & Mamat yg tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam & lif tidak berfungsi.

Ali: Macam mana ni..rumah kita atas sekali pulak tu!

Abu: Aduhh..nak panjat tangga larat ke?

Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje.. kita pun tak tahu bila agaknya elektrik akan ada balik.

Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yg sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga utk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.

Ali:Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidup ku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla..




Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh2 air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.

Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dlm kemalangan jalan raya.Aku dibesarkan oleh abang sulungku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulungku tak bersekolah & dia bekerja utk menyara aku adik beradik seramai 4 org..bla bla bla..

Sekali lagi mereka bertiga meleleh kesedihan. Punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.

Mamat: Alaaa.. korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhh punya.

Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Mamat: Emmm..mungkin hari ini dalam sejarah..

Abu: Cerita aje le..kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Mamat: Aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA..UWAAAAA..

Post a Comment

Previous Post Next Post