Siapakah Sebenarnya Suamiku ITUU??



SIAPAKAH SEBENARNYA SUAMIKU ITTUU??

haaa.. baru teringat satu cerita.. tapi bukan citer pasal pengantin nya. cerita pasal jiran pengantin.

Kes ni terjadi dekat jiran aku, seminggu sebelum aku bernikah. diceritakan, suami dia kene standby. keje malam. maklumlah, keje dengan sebuah syarikat elektrik terkemuka negara. so ada la time-time yang suami dia kene keje malam selama seminggu. malam ketiga suami dia keje malam tu, dia macam biasala.. naik tido sorang-sorang. macam sebelum2 ni. masuk bilik. kunci pintu semua.

Masa nak merebahkan diri tu terdengar la bunyik pintu pagar bawah dibuka. memang masa tu bajet suami dia la. fyi, suami dia ada kunci spare. so, perkara bukak pintu pagar sendirik tu aktiviti biasa la yang suami die akan buat kalau dia dah tido. memang dengar la aktiviti2 rutin kat tingkat bawah kalau suami dia baru balik keje. bunyik kunci disangkut. bunyi orang masuk dapur. bunyik peti ais dibukak, bunyik masuk bilik air nak mandi. dan akhir sekali bunyik tapak kaki menuju ke bilik tido mereka. haaaa...jeng jeng jeng!

Dia ni tgh mamai.. baru nak lena kot. so dia buat pot tak pot la dengan segala aktiviti suami dia kat bawah dan seterusnya sampai nak tido. dah biasa kan. so masa tido tu dia berpaling ke lain, membelakangi pintu bilik. klise kan.. tapi selalu saja ada misteri nya. jaga-jaga pada sesiapa yang belum terkene..... . so terdengarla suami die bukak pintu. sangkut towel, dan akhir sekali tido bersama....

Tapi die perasan masa laki die nak baring tu, die punye movement mcm slow je... mcm calm je tapi akhirnya rasa la suami die baring sebelah. masa nak baring tu, dia rasa telinga dia panas dan berdesing. panjang. tapi sebab kata nya dah ngantok. desing pun desing la. sempat jgk dia sapa laki dia dalam mamai tu.. 'baru balik bang..'. lembut pulak laki dia balas... 'hemmmmm...' so oke lah. respon positif. so tido!

Malam tu memang dia tido lena. dan tak ada apa-apa gangguan. mimpi pun mimpi biasa. takda kene tindih or mimpi ngeri-ngeri. tetapi bila pagi tu nak bangun subuh (aku agak dia ni jenis tido statik kat tilam sampai pagi), dia pun toleh la kat sebelah, tempat tido laki dia. aik!! dah bangun?? siap kemaskan lagi tempat tido. bantal semua terletak kemas. takda bekas-bekas suami dia tido kat situ. tapi keadaan gelap. macam takda apa-apa aktiviti lepas dia bangun. dia bangun. turun bawah. nak amik wuduk kan. bilik air gelap. ruang tamu gelap. dapur pun gelap. ke mana orang tua ni?? mungkin ini la kot yang dia cakap dalam hati dia. ke surau mungkin, tapi laki die ni kalau dah standby jarang ke surau kalau subuh, suka stay terus kat rumah. itu pun kalau laki dia balik awal pagi dalam pukul 4 pagi macam tu.

Bilik air pun kering. takda kesan basah. masa tu tengah mamai lagi. tak perasan yang diri dia malam tadi dah kene sakat. lepas amik wuduk, semayang subuh. elok bagi salam, terdengar pintu pagar dibukak. aktiviti, semua sama sebijik macam malam tadi punye aktiviti. takkan baru balik.. masa ni baru dia rasa tak sedap hati. die dah cuak. dia tak keluar lagi dari bilik tu. dia tunggu je entiti kat bawah tu. kot betol akhirnya naik ke bilik macam apa yang berlaku malam tadi. sah, memang akhirnya makhluk tu mula naik ke bilik. itupun lepas dengar bunyik tapak kaki naik ke bilik. dia masih duduk kat sejadah. baca-baca apa yang patut. berzikir sekali.. tombol pintu dipulas.. kreekkkkk! daun pintu sedikit terbukak, akhirnya makhluk tu menampakkan diri.. ''tengah sembahyang yang...ingat belum bangun'' deng!! memang sah. itu laki dia.. dia pandang atas bawah, memang laki dia. muka dah cuak. laki dia pelik. tanya dia kenapa.. masa tu dia dah kalut. agak dengan sapa aku tido malam tadi.. masa tu baru die sedar malam tadi bukan laki die yang tido sebelah dia... tetapi...................

Apapun sebelum kejadian, tempat kitorang ni memang kecoh pasal hantu yang berbungkus-bungkus ni.. so just summarize la, dengan sapa jiran aku tu beradu malam itu..

sekian...

Post a Comment

Previous Post Next Post