10 Fakta yang anda belum tahu tentang P. Ramlee




10 Fakta yang anda belum tahu tentang P. Ramlee

1. Ada satu masa tu ada orang sabotaj secara halus masa p ramlee tgh shooting filem di mana salah sorang pelakon wanita beliau telah ter histeria secara tiba2...walaupun keadaan masa tu tgh panic, chaos dan armageddon, p ramlee hanya duduk tenang kat kerusi pengarah sambil memerhati keadaan...kemudian p ramlee pegi kat pompuan histeria tu lantas diubatinya secara halus jugak...akhirnya keadaan menjadi reda dan shooting disambung semula..yg citer mende nih adalah salah sorang sahabat beliau jugak le..
khabarnya p ramlee tau sape yg sabotaj beliau pada masa tu tapi dia tak ambik hati pon..malah dia boleh lagi lepak2 minum teh dgn si pensabotaj tersebut seperti tiada apa yg berlaku sebelumnya..wallahualam....




2. Dikhabar kan juga perkataan 'laporpo' dan 'watakungsi' diambil ketika p ramlee terdengar dialog ini diantara ibrahim din dan ar tompel ketika berhenti rehat...pada waktu tu
ar tompel cakap kat ibrahim din 'laporpo' yg bermaksud 'perut aku lapar',lantas dibalas oleh brahim din 'watakungsi!' yg bermaksud 'aku takde duit'(atau brahim din yg mulakan dulu aku pun tak brape sure..tapi lebih kurang camtu la kan)....peristiwa tersebut telah disaksikan oleh p ramlee secara sembunyi yg kemudiannya berkata kepada kedua org sahabat beliau itu,'ooh...korang takde duit nak makan ye, takpe...jom aku belanja...'


lebih kurang la camtu la citernya....kalau ada yg salah aku mintak maap aje la...aku pun dok igt2 lupa je nih....


3. Malam sebelum dia meninggal, dia mengajak seniman Aziz Sattar menaiki keretapi menuju ke Ipoh dari Kuala Lumpur... dan kemudiannya bergerak balik ke Kuala Lumpur menggunakan mel keretapi dari Butterworth ke Kuala Lumpur... apa yang diceritakan kepada Aziz Sattar, masih misteri hingga hari ini...




4. Di zaman akhir Allahyarham...antara punca kejatuhan dunia seni Allahyarham adalah kerana kemunculan muzik zaman Pop Yeh Yeh... yang bergelar segala nama bermula pangkal.. A. R. M. L dan sebagainya.... pernah Allahyarham dijemput untuk turut serta dalam satu konsert Pop Yeh Yeh di Stadium Negara... malangnya, apabila nama Allahyarham dijemput untuk menyanyi... Allahyarham telah di boo oleh sekelian penonton..maklumlah...beliau sudah ketinggalan zaman...namun Allahyarham sempat melawak dan menghiburkan penonton dan akhirnya mereka menikmati juga nyanyiannnya...dan itulah nyanyian Allahyarham di khalayak ramai.... beliau tahu..zamannya sudah berakhir....


5. Dari Filem "Labu Labi " ..Panca Sitara diilhamkan dari populariti kumpulan barat iatu The Platters
Panca Sitara yang pertama anggota dia P.Ramlee, Ahmad C, Aziz Jaafar dan Normadiah ..
Aziz Jaafar dgn Normadiah digantikan dengan Ahmad Daud dengan Saloma , sebab peraturan yang dibuat oleh P.Ramlee bahawa anggota Panca Sitara tak boleh bercinta... tak lama selepas P.Ramlee kahwin ngan Saloma Panca Sitara dibubarkan kerana P.Ramlee sendiri langgar peraturan yang dia buat sendiri.


6. P.Ramlee mahir dlm 4 bahasa iaitu melayu, Inggeris, Tamil dan Jepun.


7. Sazali diberi gelaran "Jelly Boy" mengingatkan aku kat satu babak dalam cerita anak bapak...Korang ingat tak masa P.Ramlee mengunjungi ke rumah pekerjanya di mana anak pekerja sedang baring disebabkan lepas berkhatan dan bapak pekerja tu meperkenalkan kanak2 tu namanya Sazali dan nama gelarannya "Jelly Boy"... apakah itu memang Sazali??? Iya!


Cuba korang tengok babak nie di youtube


https://www.youtube.com/watch?v=dzymctSdne8


korang terus pergi ke minit 31:20...


8. Yang berlakon jadi "komeng" dlm citer "Nasib Do Re Mi " nama dia Idris Hashim bapak kepada pelakon Taman Idris..kesiann mati kat rumah orang tua tua tak de sape jaga.


9. Menurut cakap Yassin Senario dlm citer Nasib Do Re Mi , Pak Lebai kat kedai kopi yang cakap Perak tu Atok dia.
Akan tetapi satu info mengatakan Pak Lebai tu nama nya Noor KK orang lama bangsawan..tapi betul ker dakwaan Yassin tu..?


10. Ada la satu kisah pasal seorang peminat tegar kat indonesia yg sakit tenat sbb terlalu rindukan p.ramlee... budak perempuan yg terlalu gilakan p.ramlee tu nak sgt jumpa dia... so bila terdengar je laporan tu terus p.ramlee terbang ke sana dgn beberapa teman beliau semata2 nk berjumpa dgn budak tu dgn harapan akan sembuh...

Post a Comment

Previous Post Next Post