Adakah nama Bangsar daripada Bungsar Estate?



Sebelum ini kami ada berkongsi tentang sejarah Bangsar. Adakah nama Bangsar ini berasal dari bahasa Melayu? Baca Sejarah Bangsar di sini.

Nama Bangsar daripada Bungsar Estate?

Di penelitian post didalam FB ada rakan-rakan yang menyatakan nama Bangsar adalah dari sebuah estate getah yang kepunyaan kepada dua orang pemilik estate Eropah iaitu Bunge dan Grisar. Sebut-sebut Bunge Grisar, Bunge Grisar banyak kali jadi pula Bungsar dan kemudian terus menjadi Bangsar.

Dari segi geografi pula Haji Abdullah Hukum di dalam "Kuala Lumpur dari Perspektif Sejarah" menyatakan Sungai Putih yang dibukanya telah telah menjadi Bangsar Road.


Asal usuk nama Bangsar dari perkataan Bangsa didapati dari "Selagi Hayat Dikandung Badan" terbitan MPH nukilan Zakaria Ibrahim et al di muka surat 256.

Oleh itu, setelah melihat maklumat dari rakan FB lain saya cenderung buat masa ini untuk menerima kisah nama Bunge Grisar menjadi Bungsar kerana ejaan Jalan Bangsar pada tahun 50an ialah Jalan Bungsar. Apapun bila senang esok saya akan mencari maklumat mengenai perkara ini di Arkib Negara.

Apapun terima kasih atas teguran yang membina. Jika ada debat dan pertukaran pendapat barulah kita seronok mempelajari dan melestarikan sejarah. Dan menyemai minat orang ramai merupakan objektif utama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur.

Post a Comment

Previous Post Next Post