25 Fakta Percaya Atau Tidak Yang Lawak - Siri 2



25 Fakta Percaya Atau Tidak Yang Lawak - Siri 2

  1. Mangkuk boleh gunakan untuk mengisi makanan. Tapi mangkuk hayun langsung tak boleh guna.
  2. Walaupun dikenali sebagai sesumpah tetapi ia langsung tidak boleh menyumpah walaupun sekali.
  3. Kalau orang buat salah, semua orang menyalahkan ayam. Bisnes pelacuran-Bapak ayam. Tak pakai selipar-kaki ayam. Tulisan tak cantik-cakar ayam. Penglihatan tak jelas waktu malam-rabun ayam. Tidur tak nyenak pun disalahkan ayam-tidur2 ayam. Apa salah ayam?
  4. Cucur udang ada udang di atasnya, namun cucur badak tiada badak di atasnya.
  5. Tahukah anda, ular senduk tak boleh digunakan untuk senduk nasik?
  6. Satu-satunyanya lawyer yg tak pernah menang mana-mana kes- lawyer buruk.
  7. Lelaki akan lari apabila terjumpa harimau...tapi bila hari hari mau isteri akan lari.
  8. Negeri yang paling ramai penduduk dalam Malaysia adalah negeri Perak kerana sampai ada yg duduk dalam parit & lumut.
  9. Walaupun scorpion kale hitam tapi org tetap panggil kale jengking.
  10. Dua benda yang mempunyai kerja yang berlainan tapi sentiasa dipasang bersama. Pintu Pagar. Pintu-Bagi orang masuk. Pagar-Menghalang orang masuk.
  11. Kalau nak muda, kena amalkan pemuda...jangan amalkan petua.
  12. Kuih paling lama adalah batang buruk , sampai sekarang tak diganti baru.
  13. Siput babi tak haram di sentuh.
  14. Sungai yang paling tajam di Malaysia ialah sungai lembing.
  15. Perak dan perak adalah dua perkataan yang berbeza.
  16. Salah satu pulau yang boleh di pinang ialah pulau pinang.
  17. Jangan lupa kalau ke Sabah, bawa pengaru. Tempat ini sungguh cantik Dan kalau anda jenis hidung belang jangan cuba tunjuk miang, nanti lebam mata.walaupun tempat ni diberi nama MENGATAL.
  18. Puchong satu-satunya tempat yang perlu disebut dengan betul apatah lagi ketika melalui jalan-jalan di sana pada waktu malam.
  19. Sehebat mana pun ular kapak, namun tak boleh untuk di buat menebang pokok.
  20. Buaya yang pandai berkata-kata adalah buaya darat.
  21. Walaupun taik itik, orang kelantan tetap menggemarinya dan menjadikan makanan tradisional di Negeri tersebut.
  22. Banyak-banyak ikan hanya ANAK IKAN yg boleh bercakap.
  23. Pantai Dalam tidak mempunyai pantai atau air laut yang dalam, yang ada cuma loji kumbahan yang dalam.
  24. Satu-satunya baju yang keliru ialah, baju kemeja. Sebab kita tidak tahu ia "baju ke meja".
  25. Ubat nyamuk bukan untuk menyembuhkan nyamuk. Tetapi membunuhnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post