Petua Halau Semut dari Rumah


Tak tahulah nape semut ni banyak sangat. Penat dah aku halau tapi dorang ni suka sangat datang balik. Mungkin anda pun mengalami masalah yang sama.

Jom kita tengok beberapa tips untuk menghalau semut. Tips ni aku copy paste dari sana dalam bentuk point so senang sape2 nak refer nanti.
Jangan segan-segan ya untuk kongsi lagi kalau anda ada petua yang lebih baik.

Nak mintak tips & petua macamana nak halau semut dari meja makan?

Lagi bagus halau terus daripada rumah.
Suka sangat merayap. Dalam bekas air minuman (air kosong) pun dia nak masuk.
Kadang2 dekat meja komputer pun dia naik jugak walaupun makanan tak pernah ada kat atas tu.

Terima kasih

1. Racun Semut
1.1. dulu ade jual mcm racun utk semut dan seranga2 kecik... kene cari kt pasar raya atau kedai2 apek benda tu serbuk mcm tepung .. tuang kt sekeliling rumah ..



1.2. aku guna serbuk bunuh semut...sepeket RM3...slalu ada jual kat pasar mlm atau pasar sehari...serbuk tu cam serdak roti...cuma letak sikit kat tempat laluan semut...semut tu akan angkut serbuk tu masuk sarang n then satu sarang share serbuk tu termasuk queen depa...apa lagi semua kojol le dlm sarang tu....hehe...betul...mmg berkesan...terai la

1.3. ya benda ni la yg paling mujarab... dulu aku guna mcm2 petua, serai wangi pun guno dah.... dia hilang sat pastu mai pulok...
Pastu member rekomen serbuk ni tapi aku beli sepeket 50sen je... byk jual kat pasar malam dan pasar tani... 7 keturunan semut mati. Kepada TT dan sesiapa yg mempunyai masalah semut @ anai2 aku syorkan guna benda ni Insyallah berkesan

1.4. Beli je racun semut kat supermarket tu. Racun tu macam gula pasir. Letak kat juru2 dinding racun tu. Nanti semut tu bawa racun tu balik ke sarang untuk bagi makan keluarga mereka termasuk anak, emak, ayah, atok nenek semut tu akan mati semuanya! Hiks

2. bubuh kulit kayu manis boleh kot...

3. alas meja ngan kain oua kumbu sarawak....berkesan gak...tatau knp....tp semut tak naik atas alas meja pua kumbu tu....

4. aku mase semut masuk dalam tupperware gula aku kat dapur, aku tabur sume gule atas paper pastu letak bunga2 cengkih.. ekekekek..

5. cuba cari daun nilam
bukan hanya semut..serangga lain pown depa lari ngan daun nilam neh.disamping baunyer...wangi...persekitaran umah...umphhhh wanginyer...

6. semut biasanya jln2 cari makan.. kalau kat laptop tu, maybe jari kita lps mkn menaip.. tentu melekat sket minyak2.. kdg2 mkn biskut.. kita x perasan serbuk terperencik kat celah2 huruf tu.. kene vacuum..
kalau ada semut2 kat meja, tentu meja tak bersih dari sisa2 makanan.. biasanya kalau tpt tu tiba2 byk semut, mesti ada sisa makanan, atau bangkai serangga lain.. caranya buang benda yg di kerumuni semut tu, lap tpt tu bersih2, jgn berkasar.. dia pun mahkluk.. baca bismillah.. niat dlm ati, mintak pada empunya mahkluk tu, tuhan la.. minta semut2 berundur dlm masa 5 minit, insyaallah.. semut2 tu akan beredar.. aku pnh buat mcm tu.. biasanya berhasil.. akalau tak menjadi jgn cari aku lak tt.. hehe.. ni dari pglm aku je.. adeh..

7. Letak air kat kaki meja
7.1. Letak air kat kaki meja tu

7.2. Alas kaki meja ngn bekas air..kecik pun xpe..cam kaki meja gitu.semut mesti xkan naik kat meja makan. harap dapat membantu

7.3. bubuh bekas kecik kat kaki meja tuang minyak itam..mcm mangkuk sup ka..
kerusi jangan dirapat sangat dengan meja.. make sure alas meja tak panjang sangat hingga bersentuhan dengan kerusi..

7.4. letak kaki meja atas tudung botol dan tuang minyak masak, dikaki meja tu lebih kurang sekaki tinggi, sapu juga minyak masak keliling batang kaki meja, insyaAllah, semut tak leh naik, meja JANGAN rapat ngan kerusi atau dinding. sy selalu buat gini.. meja xda semut

8. guna kapur ajaib ?

9. beli aje produk serai wangi ni.. mak aku mop lantai pakai ni perghh wangi... tahan lama lak tu bau dia.. ada user yg jual produk ni keluaran bumiputra dijamin halal

10. Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

10.1. Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

10.2. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

10.3. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

10.4. Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

10.5. Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

10.6. Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Kredit to 101 Petua

11. Fuqaha maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dgn alasan yg tidak munasabah. Ini diasaskan kpd kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan/memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.

Wallahua'alam.

12. nak halau semut kena tau dulu, mana sarang dia... musnahkan sarang dia,insyaallah, akan berkurang and mungkin terus hilang terus semua dari rumah tt..

13. gula simpan kat dalam peti ais

Post a Comment

Previous Post Next Post