25 Fakta Percaya Atau Tidak Yang Lawak
- Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.
- Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.
- Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.
- Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.
- Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.
- Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.
- Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.
- Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.
- Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.
- 10. Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.
- Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.
- Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.
- Kuda laut tidak boleh berlumba.
- Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.
- Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg membawa ke pajak gadai
- Orang Malaysia adalah orang paling kuat kerana boleh makan benda keras contohhnya belimbing besi, ubi kayu, pisang emas, jambu batu, pucuk paku, ikan parang, tongkat ali dan banyak lagi.
- Kehidupan jehan miskin belum pernah ditayangkan dlm siri bersamamu.
- Air dicincang takkan putus tapi kalau dipotong bekalan air akan terputus jua.
- Walaupun tempat yang dinamakan Batang Berjuntai, belum pernah lagi nampak lelaki disana berjalan dengan batang berjuntai. Semua pakai seluar.
- Utk pengetahuan anda semua.udang galah x blh mengait apa2 buah.
- Walaupun kereta yg tiba2 keluar simpang dengan mengejut didepan anda,anda tidak panggil kereta itu kereta tapi babi.
- Tahukah anda...katak pisang tidak boleh dimakan.
- Kota sarang semut di kedah majoriti penduduknya adalah manusia.
- Walaupun semua spesis bunga bila disiram subur ada satu jenis yg disiram mati, - Bunga Api
- Tahi lalat boleh dibawa ketika solat walaupon ia meresap kedalam kulit.