23+ Info yang anda tidak tahu tentang P. Ramlee

Assalamualaikum... Cobaannnn...


P. Ramlee memang sangat legend di Malaysia dan Singapura. Tak ramai yang tahu rahsia-rahsia dan kisah suka dan duka P. Ramlee sehingga kini. Sememangnya pemergian seniman ini satu kehilangan yang besar kepada industri hiburan. Ikuti perkongsian menarik info P. Ramlee di sini.
Apa Yg Anda Tidak Tahu Tentang P.Ramlee?

1. Bekas isteri kedua P.Ramlee iaitu Norizan merupakan seorang yg tegas dan berdisplin. Maklumlah merupakan orang istana (kerabat di raja) -bekas permaisuri negeri Perak. Jika anda hendak tgk Norizan..dialah yg berlakon sebagai permaisuri Pasir Berdengong dlm cerita Pendekar Do Re Mi (1973)..di mana P.Ramlee menawarkan watak itu kepada Norizan slps berbelas tahun mereka berpisah (bercerai).
Selepas norizan bercerai dgn p.ramlee, norizan bukan saja kehilangan p.ramlee malah hilang jawatan permaisuri perak yg pernah disandangnya dulu...p.ramlee pernah berkata kepada norizan yg "satu hari nanti, aku akan sembah kau semula", seolah2 norizan akan berkahwin dengan kerabat diraja semula
rupa2nya memang p.ramlee sembah norizan semula, tp dalam filem laksamana do re mi..norizan berlakon sebagai permaisuri negeri pasir berdengung.
2. Sepanjang pembabitannya selaku seniman..P.Ramlee hidup berpindah randah (7 kali dari studio Jalan Ampas, Boon Teck Road hingga ke Jalan Bunga Dedap, tidak jauh dgn Taman P.Ramlee). Kesemua rumah itu di sediakan oleh studio di mana P.Ramlee bekerja iaitu Shaw Brothers. Beberapa tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, P.Ramlee yg merupakan satu nama besar di Tanah Melayu ketika itu hanya tinggal di sebuah rumah teres 2 tingkat (di Cedar Avenue).


3. Salah seorang anak angkat P.Ramlee, iaitu Normah pernah berkahwin lari (meninggalkan rumah) dgn pembantu di rumah P.Ramlee iaitu abg Ngah. P.Ramlee sangat marah dan kecewa dgn tindakan Normah yg tidak berterus-terang dgnnya. Perkahwinan Normah dgn abg Ngah tidak bahagia spt yg di harapkan dan akhirnya mereka bercerai. Normah yg malu dgn P.Ramlee tidak lagi berjumpa dgn P. Ramlee selepas itu.



4. Mr Singh (selalu muncul dlm film2 P.Ramlee spt org yg menghumban samseng2 ke dalam laut dlm film Pendekar Bujang Lapok dan yg menjadi pak guard dlm cerita Seniman Bujang Lapo) akan datang ke rumah P.Ramlee setiap minggu utk mengurut P.Ramlee.

5. P.Ramlee awalnya suka dgan mariani... tp sebab saloma syok kat p.ramlee, mariani bagi green light utk adik kesayangannya tu

6.Saloma adalah isteri Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yg terakhir....arwah juga adalah adik kepada Seniwati Mariani dan kakak kepada Mimi Loma...tak pasti samada arwah mempunyai anak dgn Tan Sri P.Ramlee.

7.Isteri Pertama bernama Junaidah dari Indonesia. Ibu kepada Nasir P. Ramlee.

8.Saloma dan P. Ramlee tidak mempunyai anak kandung. Akan tetapi mereka mempunyai ramai anak angkat. Antaranya Dian dan Sazali. Sazali amat dimanjakan P. Ramlee.

9. Selepas berpindah ke KL, P. Ramlee seperti tidak mendapat sokongan. Ada beberapa filemnya yang best tapi dari segi box-office tidak dapat menandingi filem-filem arahannya dari Singapura. Antara filem-filem arahan P. Ramlee di KL ialah tiga abdul, nasib do re mi, masam masam manis, dan madu tiga.

10. P.Ramlee pernah berguru dalam bidang kebatinan dengan Ayahanda kepada seniman Haji Mahdi yg juga mufti Negeri Sembilan di masa itu.

11. Menurut orang yg menjadi penjaga rumah kelahirannya di Pulau Pinang,P.Ramlee mempunyai ilmu kebatinan tertentu seperti ilmu buluh perindu(penyedap suara) dan ilmu silat.Menurut penjaga(maaf nama tak ingat)itu lagi kumpulan kongsi gelap yg banyak terdapat di Pulau Pinang ketika itu memang menghormati lagenda itu.Mereka tidak berani membuat kacau kalau mereka tahu P.Ramlee balik kampung.Menurutnya lagi sebelum lagenda itu menuntut ilmu penyedap suara,iaitu ketika baru terlibat dalam industri perfileman suara lagenda itu memang berbeza dengan suaranya yg merdu selepas itu.Tentu kita semua pun perasankan tentang suara beliau.

12. Masa beliau jadi Hang Tuah pula,beliau belum menuntut ilmu silat,Contoh permainan Silat beliau boleh dilihat dalam filem Damak dan Enam Jahanam.Permainan dalam Enam Jahanam adalah berasaskan Silat Kuntau Tekpi dari guru Zainal Abidin Baling.Jangan terkejut kalau diberitahu berat satu tekpi yg digunakan dalam filem itu lebihkurang 3 kilo.Boleh patah jari kalau tak tahu ilmu tekpi.Seorang lagi rakan P. Ramlee iaitu Allahyarham seniman A.Rahim turut berkemahiran bermain Tekpi dari perguruan yg sama.

13. Ada pelakon yang dengki pada P.Ramlee pernah mengupah samseng samseng untuk mencacatkan wajah P.Ramlee.. perkara itu telah sampai ke pengetahuan P.Ramlee melalui seorang pelakon lain yang kasihan pada beliau , maka P.Ramlee terpaksa meminta pertolongan dari Wak Jasni (suami Neng Yatimah , bapa Roseyatimah). 

Wak Jasni jumpa samseng samseng dan kasi warning ..kecut samseng samseng tersebut (samseng samseng Singapore memang segan dengan Wak Jasni kerana beliau kalau dlm pekida tu lebih kurang cam Ayahanda beliau juga pernah dipenjarakan ketika Peristiwa Natrah )

14. Masa Mustapha Maarof nak pinang Roseyatimah dia jumpa P.Ramlee minta nasihat sebab takut nak jumpa bapak Roseyatimah kepala gengster.

15. Menurut cerita selepas saja P.Ramlee mengarahkan "Semerah Padi" beliau menasihatkan Nordin Ahmad berhijrah ke Cathay Keris, kerana P.Ramlee yakin Nordin Ahmad akan lebih berjaya disitu dibandingkan dengan Shaw Brother kerana disitu dah ada P.Ramlee.

16. Salah satu hobi p.ramlee ialah main mahjung.

17. Rumah arwah sentiasa penuh org dtg nak pinjam wang dan P.Ramlee just bagi without any question.Even dia sindri pun financial problem.

18. Dalam buku bapaku p.ramlee, arwah nasir p.ramlee kata waktu p.ramlee mati, dia dah lama tak jumpe p.ramlee sebab 'dihalau' dari rumah...dia keluar dari rumah sebab p.ramlee tak setuju dia kawin dgn isteri nasir waktu tu, plus nasir waktu tu muda lagi...dlm hubungan bapak-anak masih lagi dingin tu la p.ramlee meninggal dunia...so sesal nasir memang tak terkata.

19. Masa dia buat filem kat KL, ramai penduduk setinggan batu 8 ulu kelang yang jadi extra.

20. Dalam citer do re mi tuh ramai penduduk batu 8 berlakun, terutamanya masa adegan beratur nak mintak keje kat pejabat buruh tuh. Dan dalam citer anak bapak yang jadi mandur time adegan dengan atuk yang tak pernah cuti kat ladang getah tuh adalah ayah penyanyi safura.

21. Perkataan PAWAGAM adalah ciptaan P. Ramlee yang membawa maksud PAnggung WAyang GAMbar.

22. KUGIRAN sempena KUmpulan GItar RANcak jugak ciptaan P.Ramlee.

23. P.Ramlee adalah org yg bertanggungjawap menaikkan semula nama Nordin Ahmad iaitu dalamfilem Semerah Padi. Sebelum itu nama dan kerjaya Nordin Ahmad mula merudum dan terumbang-ambing
setelah filem pertama dia membawa watak hero iaitu Permata di Perlimbahan gagal di pawagam.

P.Ramlee telah dgn yakin memberikan watak Taruna iaitu hero utama kepada Nordin dan hasilnya
nama Nordin kembali memuncak dan sebaris dengan bintang2 ternama dalam industri filem Melayu.

Info lawak P. Ramlee :

1.Terbaca dlm satu artikel berkenaan dgn perangai P. Ramlee kalau berada di rumah. Beliau ni suka memasak dan gunting rambut anak dia Nasir. Kalau dia memasak dia akn masukan semua bhn2 masakan tuh mcm sayur, ikan, daging dan ape kebenda lagi ntah aku tak ingat.... lepas tu lak time mkn dia akan tanya nasir... sedap tak abah masak...? klu nasir jawab sedap sure P.Ramlee akn suruh dia tambah lagi nasi dan lauk.... ha ha ha. kalau jwb tak sedap takut kena marah pulak...!

satu lagi kalau time P.Ramlee tgh gunting rambut nasir.... nasir cukup berbulu je klu time2 tuh Dato ahmad nawab dtg singgah di rumah P Ramlee... mereka akn berbual lah sambil P ramlee gunting rambut nasir. semakin lama mereka berbual semakin pendek lah rambut nasir di guntingnya..... itu yg buat nasir jadi bengkek je kalau gunting rambut dgn bapak dia..... ha ha ha

2. P. ramlee dan kawan2 filem die pergi ke melaka naik kereta melawat salah  1 krew filem dia kahwin...p ramlee yg drive...on the way balik tiba2 p ramlee tekan emergency brek sampai salah sorang geng die iaitu ibrahim pendek terperosok ke depan dan menyebabkan leher dia terkehel....diorang tanya apsal tiba2 brek?...rupa2nye p.ramlee ternampak anak kucing tiba2 melintas... tuh yg dia emergency brek....kucing tu pun selamat....

3. Pasal mantra pintu gua tu.. walaupun aku bukan org Jawa, aku ada jugak la blaja sket2 dgn member2 Jawa aku.. memang P.Ramlee pakai bahawa Jawa yg maksud dia memang mengarut.. hahaha..

Buka pintu gua:
Niat enson matakaji semar ngiseng- Niat seorang insan yang sangat bertekad hingga semar terberak

Tutup pintu gua:
Rampo ngiseng semar tilem- Lepas berak semar tidur

Kassim Baba merapu:
Niat ngiseng semar ngiseng eson ngiseng- Niat nak berak, semar berak, boleh ke berak

Eson ngiseng semar ngiseng kabeh wong poto ngiseng- boleh ke berak, semar berak, semua orang berak

Aku ada tanya member jawa aku berkenaan maksud 'semar' tapi dia tak nak jawab.. taboo sangat ke? Ada member2 jawa yg bole kasitau?

Then apa maksud "marang prapu kepunden parang skeper".. famous gile dalam filem P.Ramlee kan?

Sedikit info dan biodata P. Ramlee :

Tan Sri Datuk Amar Dr.
P. Ramlee
P. Ramlee-Madu Tiga.jpg
P. Ramlee dalam filem Madu Tiga (1964)
KelahiranTeuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
22 Mac 1929
40A, Counter Hall Road,Pulau PinangMalaysia
Meninggal dunia29 Mei 1973 (umur 44)
Sebab kematianSerangan jantung
Tempat mayat dijumpaiNo. 22, Jalan Dedap, Taman P. RamleeSetapakKuala Lumpur
PerkuburanPusara Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tugu peringatanPustaka Peringatan P. Ramlee
Tempat tinggalNo. 22, Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
Nama lainRamli Puteh
EtnikMelayu Aceh
Pendidikan
PekerjaanPenyanyipelakon,pengarah filempemuzik,penulis lagu
Tahun aktif1945[nota 1] - 1973
Organisasi
AgamaIslam
Pasangan
  • Junaidah Daeng Harris (1950-1954)
  • Noorizan Mohd Noor (1955-1961)
  • Saloma (1961-1973)
Anak
  • Mohamad Nasir (1953)
  • Arfan (1954)
Ibu bapa
  • Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim
  • Che Mah Hussein
SaudaraSyeikh Ali (abang seibu)
PanggilanRemy


Di Pusara P. Ramlee, Jalan Ampang, K. Lumpur. Tahun 1984 - Dari kiri: Sheikh Ali Sheikh Muhammad (abang seibu P. Ramlee), Mazlan Ahmad (pelakon tambahan filem Melayu), Nasir P. Ramlee (anak tunggal P. Ramlee), Normah Kamaruddin (bekas kekasih a.ka AZIZAH P. Ramlee - bapanya Master Kamaruddin ialah guru muzik P. Ramlee di P. Pinang), Seniwati Norizan (isteri ke dua P. Ramlee) dan Omar Hashim

Post a Comment

Previous Post Next Post